Bagi menyemarakkan Tahun Naga bersempena Tahun Baru Cina 2024. Fendi melancarkan satu kolaborasi comel bersama Fragment iaitu koleksi istimewa Fendi x Frgmt x Pokemon. Ianya juga salah satu usaha untuk mengekalkan momentum projek “Friends of FENDI” oleh Kim Jones dan Silvia Fendi.
Koleksi kali ini juga bekerjasa dengan jenama Fragment atau Frgmt iaitu jenama gaya fesyen alternatif dari air tangan pemuzik terkemuka Jepun, Hiroshima Fujiwara. Jadi koleksi ini bukan sahaja digayakan dari karakter Pokemon tapi ditambah dengan rekaan unik Frgmt.
Fendi pula menggunakan ikonik logo FF jacquard-nya dengan hasil beg tangan warna perang, coklat tembakau dan warna istimewa kuning. Menariknya lagi, setiap cetakan FF jacquard dan kanvas FF dipadankan dengan 3D marquetry embodiment karakter Dragonite dan Dratini. Ia dihasilkan dari pembuatan tangan selama 30 jam!
Bukan pada produk fesyen sahaja. Koleksi Fendi x Frgmt x Pokemon juga tersedia dengan aksesori seperti subang dan gelang tangan. Bahkan, kolaborasi ini juga boleh dirasai oleh peminat Pokemon Go. Yakni Trainers dapat bergaya dengan rekaan Fendi x Frgmt x Pokemon di alam maya game tersebut.
DIVA yakin pasti ada yang tak sabar nak melihat semua koleksi ini bukan? Koleksi FENDI x FRGMT x POKEMON tersedia di seluruh butik Fendi dan fendi.com bermula 4 Januari 2024.