Sejak awal penggambaran hinggalah ke majlis tayangan perdana, Sydney Sweeney dan Glen Powell terlihat cukup mesra dan menyakinkan. Dipadankan dalam filem ‘Anyone But You’, tidak dapat dinafikan mereka berdua sama padan dan sama cantik. Lebih menariknya, chemistry yang ditonjolkan dari dua pelakon ini lebih menyerlah diluar kamera.
Sepanjang penggambaran, peminat disajikan dengan gambar-gambar intim mereka. Mula terbit desas-desus yang mengatakan Sydney Sweeney dan Glen Powell terperangkap dalam cinta lokasi. Apatah lagi, Sydney dikatakan tidak lagi memakai cincin pertunangannya. Manakala Glen pula dikatakan telah putus cinta dengan kekasihnya, Gigi Paris. Semuanya berlaku semasa mereka berada di lokasi penggambaran ‘Anyone But You’.
Apa pun, ada juga yang berpendapat Sydney mungkin tidak memakai cincin pertunangan atas sebab mengikut idea watak dan alasan takut kehilangannya. Namun, perihal putus cinta Glen tidak dapat dihuraikan dengan lebih panjang.
Sydney Sweeney dan Glen Powell sudah tentu tidak dapat lari dengan soalan-soalan gosip bercinta seperti ini. Mereka berdua kekal rileks dan menganggap chemistry yang ada ini sebagai lumrah yang perlu ada dalam sebuah filem romantik-komedi.
“A great rom-com doesn’t survive without great chemistry, and Sydney is the easiest person to have chemistry with,” – Glen Powell bercakap kepada Entertaiment Tonight.
Terdapat juga beberapa rungutan dari peminat yang merasakan gambar-gambar mesra dan intim mereka tersebar sebagai strategi PR. Ini bukan perkara luar biasa, ia telah dilakukan sudah bertahun-tahun. Apatah lagi dengan dunia media sosial yang tanpa batasan. Ia boleh menjadi kaedah pra-pemasaran untuk mana-mana filem. Malah, di Malaysia juga para pelakon lebih gemar menjual ‘kemesraan’ berbanding isi filem atau drama.
Sejauh mana kita tahu strategi ini berjaya, lihat sahaja rangkuman pertama perkongsian cerita-cerita di media sosial.
Soalnya sekarang, hubungan mesra Sydney Sweeney dan Glen Powell berjaya membuat orang ramai mengetahui projek terbaharu ini. Sekaligus kepada mereka yang penasaran pasti mahu menonton dan mungkin melihat serta merasai kemesraan mereka sebagai pasangan kekasih.
Jadi, tahniah buat produksi ‘Anyone But You’!