Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Dunia yang jatuh pada 10 Oktober, SEPHORA dan jenama Rare Beauty oleh Selena Gomez bekerjasama melancarkan kempen “Make A Rare Impact” pada hari ini.
Kempen itu merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan stigma yang berkaitan dengan kesihatan mental, serta meluaskan akses kepada perkhidmatan dan pendidikan kesihatan mental untuk golongan muda di seluruh dunia.
Kempen ‘Make A Rare Impact‘ tersebut akan menyaksikan SEPHORA menderma 100% jualan produk Rare Beauty kepada Rare Impact Fund yang dicipta sendiri oleh Selena Gomez, pengasas jenama kecantikan itu.
“Saya berbesar hati kerana Rare Beauty bekerjasama dengan SEPHORA pada Hari Kesihatan Mental Dunia untuk mengumpul dana bagi Rare Impact Fund melalui jualan Rare Beauty di SEPHORA.”
Derma 100% Hanya Pada 10.10 Sahaja!
Untuk pengetahuan kamu, derma kepada Rare Impact Fund itu akan dibuat di 28 pasaran SEPHORA yang beroperasi termasuklah Malaysia, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat hingga Mexico.
Selain itu, pada bulan Hari Kesihatan Mental Dunia, SEPHORA akan mengumpulkan komuniti kecantikan globalnya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perkongsian perbualan terbuka tentang kesihatan mental melalui satu siri kandungan sosial yang akan dicipta bersama dengan Rare Beauty.
Jika nak menderma di web Rare Impact Fund, kamu boleh menderma sehingga maksimum 200,000€ dalam negara Eropah. Manakala di seluruh negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, kamu boleh derma hingga AU$325K/NZ$350K.
Untuk maklumat lanjut tentang Dana Rare Impact, sila lawati: rareimpactfund.org.