Jangan kamu ingat wajah dan badan sahaja yang memerlukan penjagaan yang rapi. Bahagian intim terutamanya vulva kamu juga perlukan penjagaan yang rapi seperti badan dan wajah tau!
DIVA percaya tak ramai wanita tahu yang bahagian vulva kita pun perlu dijaga. Untuk pengetahuan kamu, penjagaan bahagian intim seperti vulva sangat penting kerana ia boleh meningkatkan keyakinan diri selain daripada menjaga kebersihan.
Bermula dari hari ini, DIVA mengajak kamu untuk mengambil berat tentang penjagaan vulva. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya menggunakan produk pelancaran terbaru STRIP iaitu TWO LIPS BLACKOUT 2.0, masker arang aktif yang pertama untuk vulva.
Masker Untuk Vulva?
Selepas diperkenalkan pada lima tahun yang lalu, kini TWO LIPS kembali dengan BLACKOUT 2.0 iaitu edisi baru yang diubah suai untuk menenagkan, menyahtoksik, mencerahkan dan melembapkan vulva kamu.
Seperti ‘spa day’ untuk vulva kamu, BLACKOUT 2,0 ini masih lagi mengekalkan bahan utamanya iaitu Binchotan Charcoal yang berasal daripada pokok Japanese Ubame Oak yang berkebolehan dalam membersihkan kulit sekitar vulva.
Selain itu, BLACKOUT 2.0 turut mengandungi beberapa bahan baru seperti:
- Vitamin C, B3, B5- Menguatkan perlindungan agar kulit di vulva lebih kukuh dan sihat
- Chitosan- Sifat antibakteria dan anti radang untuk galakkan penyembuhan kulit
Apa Bezanya Dengan BLACKOUT Edisi Terdahulu?
Untuk pengetahuan kamu, BLACKOUT 2.0 yang telah diperbaharui ini menggunakan laminasi foil berbanding renda hitam dalam edisi pertama. Tujuan laminasi foil ini digunakan adalah untuk meningkatkan kesan penebatan dan membolehkan penyerapan menyeluruh bahan botani yang kaya oleh kulit.
- Foto – STRIP
Menariknya, penggunaan BLACKOUT 2,0 ini sangat mudah kerana salutan serum di setiap helaian masker adalah pada kadar yang secukupnya untuk satu sesi.
Berapa Kali Perlu Pakai Untuk Rasai Hasilnya?
Masker arang BLACKOUT 2.0 ini boleh sahaja dipakai di rumah, secara bersendirian di bilik. Vulva kamu boleh dapat kebaikan daripada masker ini sepenuhnya selepas guna selama 5 hari berturut-turut.
DIVA syorkan untuk kamu pakai selepas melakukan pembuangan rambut untuk kekalkan kulit sekitar vulva menjadi lebih lembap, tenang dan sihat.
Psst… Sesetengah daripada kamu tak perlu risau kerana masker BLACKOUT 2.0 ini bebas daripada sulfat dan paraben, diuji secara ginekologi dan dermatologi. Yang paling penting, ianya sesuai untuk semua jenis kulit!
Promosi Menarik & Hadiah Untuk Dimenangi!
Kini harga pengenalan untuk 2 keping BLACKOUT 2.0 hanya dijual pada harga RM108. (Harga asal RM70 untuk satu keping, dan RM350 untuk sekotak dengan 5 keping.)
Promosi sah sehingga 30 September 2023, di semua cawangan STRIP, STRIP Lazada dan STRIP Shopee.
- Foto – STRIP
Manakala hingga 30 September nanti, jika kamu membuat pembelian mana-mana produk TWO LIPS termasuk BLACKOUT, kamu berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.
Apa yang kamu perlu buat adalah imbas kod QR pada produk yang dibeli dan seterusnya akan berpeluang untuk menangi set TWO LIPS RESCUE KIT.
Psst… Hadiah bernilai RM370 seperti TWO LIPS ICE dan OUTGROWN menanti kamu!
Selamat mencuba!