DIVA rasa setiap wanita mempunyai sepasang sandal Birkenstock Arizona dalam koleksinya. Sandal yang pernah dikaitkan dengan ‘hippy fashion’ ini boleh dipadankan dengan gaya yang lebih moden atau kasual.
Untuk pengetahuan kamu, sandal Birkenstock ini sangat selesa, menyokong struktur kaki dan serba boleh.
Dalam entri kali ini, DIVA nak kongsikan beberapa gaya yang terkini dan paling bergaya daripada selebriti A-Listers apabila kamu kenakan sandal Birkenstock iaitu Arizona slide.
Begini caranya…
- Foto – Pinterest
Apabila ragu-ragu nak mix and match warna, kamu boleh gayakan pakaian dan aksesori serba hitam seperti Tracee Ellis Ross. Aktres ini memadankan oversizedblazer, tank top dan seluar slack bersama sandal Birkenstock; Arizona slide.
- Foto – Pinterest
Model Sweden, Elsa Hosk pula memadankan gaun maxi putihnya dengan jaket kulit yang edgy bersama sandal Birkenstock iaitu Arizona slide. Tips DIVA, slide tersebut nampak sangat bergaya kalau kamu gadingkannya dengan stokin yang mempunya perincian ruffle.
- Foto – Pinterest
Gaya Gwyneth Paltrow pula boleh ditiru semula jika kamu mahu padankan sandal Birkenstock seperti Arizona slide dengan seluar pendek dan knit sweater. Gaya ini sesuai untuk dipakai ketika cuaca panas atau mendung.
- Foto – Pinterest
Paling love! Aktres Julianne Moore nampak sangat selesa dan gayanya pula lebih moden. Antara item fesyen yang digayakannya adalah t-shirt putih, boxy blazer rona hitam, dan jeans putih yang dipadankan bersama slide Arizona.
Walaupun nampak simple rekaan slide Arizona ini, tapi ia dapat menaikkan seri penampilan si pemakai tau. Selamat mencuba!