Apabila nak pergi bercuti (tak kiralah dalam atau luar negara), beg galas akan menjadi ‘hot item’ dalam kalangan pelancong wanita. Ia bukan saja boleh jadi pelengkap gaya tapi turut mempunyai pelbagai fungsi berbanding beg lain.
Selain shoulder bag, beg tangan, crossbody atau pun sling bag, beg galas adalah item fesyen yang ramai orang bawa ketika bercuti. Terutamanya mereka yang ada banyak bagasi.
Kalau kamu nak tahu beg galas mempunyai banyak kelebihan dan fungsi. Antaranya adalah ia boleh muatkan barang-barang penting dalam satu beg dan elak kes ragut, tersalah letak barang atau hilang. Bukan itu saja, beg galas juga dapat kurangkan beban beg lain yang berada di tangan atau bahu kamu.
Jadi bagi sesiapa yang mencari beg galas untuk dibawa bercuti, DIVA senaraikan beberapa beg yang cantik reka bentuknya dan paling penting tahan lasak. Scroll, lihat sampai habis;
GUCCI Bamboo Backpack
- Foto – Gucci
Walaupun beg galas ini dikeluarkan untuk lelaki, tapi rasanya kalau wanita pakai tak salah kan? Tetap nampak bergaya dan mahal!
YSL Joe Backpack In Lambskin
- Foto – YSL
Ringkas tapi nampak mewahnya, beg galas ini kamu boleh padankan bersama minidress, seluar jeans atau oversized shirt.
CELINE Mini Backpack Folco
- Foto – Celine
Sangat vintaj, beg galas Celine ini boleh dipadankan dengan mana-mana gaya terutamanya kasual. Apa yang best tentang beg ini ia ada tali cerut, jadi potensi untuk menjadi mangsa seluk saku pun kurang.
CHANEL Chanel 22 Backpack
- Foto – Chanel
Jika nak nampak mahal ketika bercuti, DIVA syorkan kamu bawa Chanel 22 Backpack ini. Beg galas ini sangat kuat dan tahan lama, dan paling penting talinya tak menyakitkan bahu seperti sesetengah beg lain.
PRADA Small Re-Nylon Backpack
- Foto – Prada
Menggunakan fabrik nilon yang dikitar semula daripada plastik di dasar laut, beg galas ini boleh memuatkan banyak barang seperti dompet, passport, barang mekap hingga ke botol air.
LONGCHAMP Le Pilage Original Backpack
- Foto – Longchamp
Paling berfungsi! Beg galas Longchamp ini sangat luas di bahagian dalamnya, tidak melorot jatuh dan sangat ringan. Jadi mudah nak bawa ke mana-mana saja, terutamanya perjalanan yang jauh.
LOUIS VUITTON Palm Springs Mini Monogram
- Foto – Louis Vuitton
Walaupun saiznya kecil, tapi ruang dalam beg galas ini sangat luas. Dan beg galas ini juga boleh jadi sling bag tau, caranya tanggalkan tali beg dan silangkannya.
Setiap beg galas di atas boleh dipadankan dan sangat sesuai dengan mana-mana gaya kamu ketika bercuti nanti. Happy shopping!