Terkejut tengok harga sampai beribu? Ya, La Prairie cukup dikenali dengan produk kecantikan berprestij yang miliki tanda harga cukup lumayan.
Lagi pula dengan kelahiran produk baru yang menyuntik caviar sebagai bahan utama.
Ceritanya begini, saintis La Prairie menjalin kerjasama dengan makmal bioanalisis Switzerland untuk membangunkan ujian yang membolehkan mereka mengenal pasti dan mengira komponen ligamen kulit.
Berdasarkan ini, La Prairie mencipta gabungan bahan-bahan caviar yang ideal, ditambah dengan bahan aktif khas, direka untuk membantu menguatkan dan menegangkan semula kulit dengan jelas. Hasilnya ialah La Prairie Skin Caviar Harmony L’Extrait, kemuncak penyelidikan 35 tahun.
- Foto – La Prairie
Keunikan La Prairie Skin Caviar Harmony L’Extrait
Diformulasikan dengan teknologi micro-fluidic sambil memanfaatkan kuasa Caviar Infinite, La Prairie memperkenalkan Skin Caviar Harmony L’Extrait yang berkuasa dan intensif untuk melengkapkan dan meningkatkan ritual Skin Caviar.
Biji-bijian ekstrak mujarab mencair secara halus ke dalam gel apabila digunakan dengan teksturnya berubah menjadi cecair yang ringan dan menyegarkan, serta memberi sensasi tegang serta-merta dan kemasan licin satin. Lama kelamaan, kulit terasa lebih anjal dan penampilan kedutan berkurangan.
- Foto – La Prairie
Teruja tak nak letak Skin Caviar di wajah kamu?
La Prairie Caviar Lab @ South Atrium, Gardens Mall
Untuk meraikan pelancaran Skin Caviar Harmony L’Extrait, La Prairie menjemput kamu semua ke Skin Caviar Lab di South Atrium, Gardens Mall dari 19 September – 2 Oktober, di mana kamu boleh menemui dan mengalami dunia La Prairie:
- Selami penemuan Caviar Science Discovery, yang menampilkan enam detik berbeza dalam perjalanan La Prairie Caviar Science.
- Kenali lebih lanjut tentang Skin Caviar Harmony L’Extrait seperti yang diperkenalkan olehDr Daniel Stangl, Pengarah Inovasi di La Prairie dengan bilik pameran inovasi.
- Peluang bergambar di pop-up yang memaparkan landskap Switzerland yang indah.
- Terokai dan eksperimen di bengkel Seni Formulasi dan perundingan penjagaan kulit dengan Penasihat Kecantikan La Prairie.
View this post on Instagram
Untuk mengambil bahagian, sila daftar untuk membuat tempahan awal lawatan di www.lpcaviarlab.com.
La Prairie Skin Caviar Harmony L’Extrait (20ml), RM4,050. Boleh didapati di Isetan KLCC, Isetan Gardens, dan Parkson Pavilion.