Dalam sejarah British, Ratu Elizabeth II merupakan raja yang paling lama memerintah iaitu selama 70 tahun; 7 tahun lebih lama daripada nenek moyangnya, Ratu Victoria.
Dan pada petang Khamis (8/9/2022) semalam, Ratu Elizabeth disahkan telah mangkat pada usianya 96 tahun di Scotland; estet di mana baginda menghabiskan sebahagian besar musim panasnya.
Melihatkan berita mengenai kemangkatannya itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi Raja Britain seterusnya?
Individu Ini Galas Tanggungjawab Sebagai Raja Britain
Memandangkan tahkta sebagai Raja Britain ‘kosong’, Putera Charles III iaitu anak kepada Ratu Elizabeth II secara automatiknya akan menggalas tanggungjawab tersebut.
- Foto – NBC News
Akta Penggantian Mahkota 2013: Sistem anak perempuan dalam garis pewarisan ditamatkan di mana anak raja akan ambil keutamaan tersebut; anak sulung (atau sesiapa di sebelah tahkta) akan menjadi raja, tanpa mengira jantina. Peraturan ini terpakai pada kanak-kanak yang dilahirkan selepas 28/10/2011. Akta ini juga menamatkan peraturan jika seorang waris berkahwin dengan Roman Katolik, mereka akan hilang kelayakan daripada garis keturunan.
Manakala isteri Putera Charles III, Camilla yang dahulunya Duchess of Cornwall kini menjadi Raja Permaisuri. Ini kerana Ratu Elizabeth II telah mengumumkan dia mahu Camilla dikenali sebagai Raja Permaisuri Camilla. Putera William dan isterinya, Kate Middleton pula, kini telah menjadi Duke of Cornwall dan Cambridge.
- Foto – RSVP
Untuk pengetahuan kamu, selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, inilah individu yang berada dalam barisan takhta:
- Putera Charles III yang dahulunya Prince of Wales, segera menjadi Raja Britain. Isterinya, Camilla, Duchess of Cornwall akan menjadi Raja Permaisuri.
- Seterusnya selepas Raja Charles III, Putera William akan menaiki tahkta sebagai raja memandangkan dia adalah anak sulung.
- Foto – Pinterest
- Mengikuti Putera William, putera sulungnya iaitu Putera George berusia 9 tahun, berada dalam barisan takhta.
- Selepas George adalah pewaris yang kurang berkemungkinan, adik George Puteri Charlotte, 7, dan Putera Louis dari Cambridge, 4.
- Sekiranya barisan pewarisan berjaya sampai sejauh ini, pewaris takhta seterusnya ialah adik Putera William; Putera Harry.
Takziah pada seluruh keluarga diraja Britain atas berita kemangkatan Ratu Elizabeth II.