Kalau tanya mana-mana wanita yang suka pergi ke gim, pasti ramai yang akan katakan mereka sebenarnya tidak berasa selesa. Bukan apa, ada yang rasa seperti diperhatikan, layanan terhadap wanita atau peralatan gim mungkin tidak sesuai untuk digunakan.
Apabila perkara tersebut berlaku, mulalah ramai yang mahu mencari gim yang mesra wanita atau gim yang khusus untuk wanita sahaja. Barulah boleh bersenam dengan tenang dan aman kan?
Bagi memudahkan kerja kamu daripada Google gim wanita di Malaysia, DIVA kumpulkan beberapa gim berikut yang khas untuk wanita sahaja.
Psst… Senarai gim wanita ini berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja tau!
#1 Curves Malaysia
Gim Curves ini mempunyai banyak cawangannya di Lembah Klang serta satu gim di Kuching dan Perak. Di gim ini, kamu boleh ikuti latihan keseluruhan badan atau latihan kekuatan yang sesuai untuk semua wanita tanpa kira usia. ‘
Psst… Kelas yang paling popular di gim ini adalah litar 30 minit yang terdiri daripada latihan kekuatan, kardio dan regangan.
Lokasi: [Senarai Cawangan Curves Malaysia]
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (7:30pagi – 12tengahari / 4petang -8malam) | Sabtu (8pagi -12tengahari)
#2 SheFights
Mencari gim yang tawarkan lebih daripada fitness training? DIVA syorkan pada kamu SheFights di Cyberjaya.
Selain fitness training, kamu juga boleh tingkatkan kemahiran pertahankan diri dengan pelbagai jenis sukan seni mempertahankan diri termasuklah Jiu-Jitsu Brazil, tinju dan juga Muay Thai.
Lokasi: No. 11-3, Block (I), Jalan GC 11, Glomac, 63000, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10 pagi – 10 malam)
#3 Phillip Wain
Fun fact; Phillip Wain sebenarnya ditubuhkan di Hong Kong padatahun 1977 dan cawangannya berkembang ke negara lain termasuklah Malaysia, Singapura dan Thailand.
Gim khas untuk wanita ini menawarkan pelbagai jenis latihan kecergasan dan kelas aerobik. Bukan itu saja, kamu boleh nikmati perkhidmatan rawatan badan dan muka, urutan dan berehat di spa mereka juga.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (7pagi – 9:30malam) | Sabtu (7pagi – 6petang) | Ahad (11pagi – 6petang)
#4 KOA Fitness
Gim terbuka untuk wanita ini menawarkan kelas dan latihan peribadi yang diprogramkan khusus untuk wanita sahaja. Dan paling best sekali, jurulatihnya pun seorang wanita!
Lokasi: B-G-07, Gateway Corporate Suites, 1 Jalan Desa Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (7pagi – 9malam) | Sabtu & Cuti Umum (9pagi – 3petang)
#5 My Addict Fitness
Terletak di Desa Park City, kamu boleh ikuti pelbagai jenis kelas kecergasan sama ada secara berkumpulan atau latihan peribadi.
Malah gim My Addict Fitness ini juga mempunyai kawasan untuk fisioterapi dan pemulihan juga tau!
Lokasi: H-1-15, Plaza Arkadia Jalan Intisari Perdana, Desa Park City, 52200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (6pagi – 9malam) | Sabtu-Ahad (8pagi – 4petang)
Sebelum kunjungi gim wanita di atas, DIVA syorkan untuk kamu hubungi dan tempah dulu okay?