Siapa yang miliki beg tangan ikonik ‘Gucci Bamboo atau kini Gucci Diana’, kamu tahu tak cerita di sebalik nama Diana? Kenapa agaknya jenama Gucci memberi penghormatan kepada Puteri Diana?
Beg Gucci dengan pemegang buluh dilancarkan pada tahun 1947 sebagai tindak balas kepada krisis pasca perang. Ekonomi Itali melalui laluan sukar yang menjadikan keluarga Gucci bereksperimen dengan bahan untuk mengurangkan kos pengeluaran. Beginilah bagaimana beg Gucci Bamboo dilahirkan dan serta-merta menjadi popular.
Menjadi Beg Kegemaran Puteri Diana
Pada awal 90-an, beg ini menjadi sebahagian daripada gaya signature Puteri Diana. Aksesori itu merangkumi semangat kebebasannya serta keberanian dalam memilih pakaian semasa berjauhan daripada keluarga diraja.
- Foto – Telegraph
Beliau memakainya sama ada untuk mesyuarat, keluar membeli-belah atau ketika bersukan. Penampilan fesyen Diana membuktikan beg ini menjadi teman yang sempurna untuk setiap hari.
Penghormatan Kepada Gucci Diana
Pada 1 Julai 2021, Puteri Diana berusia 60 tahun. Untuk meraikan acara ini dan memberi penghormatan kepadanya, Gucci menamakan semula beg tote buluh kepada Gucci Diana dan mengeluarkan versi terkininya.
- Foto – Gucci
Pembaharuan yang dimasukkan ialah perincian tali kulit yang boleh ditanggalkan di sekeliling pemegang buluh. Ia dikira penghormatan kepada penetapan reben yang disertakan bersama kit untuk mengekalkan bentuk pemegang.
Rekaan Unik Pelbagai Saiz
Gucci Diana terdapat dalam tiga saiz, antaranya mini, kecil dan sederhana. Koleksi ini menampilkan model dalam rona terang dan pastel seperti hijau zamrud atau merah jambu pucat.
- Foto – Gucci
Tali beg datang dalam tiga warna neon, kuning, merah jambu dan oren. Di bahagian dalam tali, anda boleh mengukir huruf untuk menyesuaikan versi beg puteri yang dikemas kini.
Lihat koleksi Gucci Diana di sini.