Sempena Earth Hour yang jatuh pada 26 Mac ini, dari jam 8:30 malam hingga 9:30 malam, penduduk di serata dunia bersatu hati menutup lampu selama sejam.
Sun Life Malaysia, sebuah penyedia insurans hayat dan Takaful keluarga, telah berganding bahu dengan Lilin+Co, syarikat pengeluar lilin wangi minimalis dan moden jenama tempatan, untuk menawarkan set koleksi lilin soya yang anggun, bertema ‘One Hour, One World, Our Future’.
- Foto – Sun Life Malaysia x Lilin+Co
Hal ini sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang menutup lampu yang tidak perlu, membakar lilin, dan meningkatkan kesedaran tentang kelestarian dan perubahan iklim.
Sun Life Malaysia menyatakan kerjasama ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meluangkan masa sejam dalam suasana gelap dan damai sambil ditemani lilin yang mengasyikkan.
Uniknya, lilin wangi dengan aroma pilihan istimewa ini menceriakan minda sambil menenangkan hati, dengan sentuhan haruman sitrus dan bunga.
- Garden of Sunshine – adunan segar Neroli bersama Kenanga
- Happiness In A Jar – gandingan wangian Serai & Limau
- Sunny Breeze – adunan haruman sitrus Mimosa & Mandarin
Kalau anda nak lihat pilihan lilin lain, pergi ke Instagram @lilinandco atau ke laman web www.lilinandco.com.