Bukan sekadar pakaian asas, kini ramai wanita mula memilih pakaian dalam untuk mengekspresikan diri mereka.
Seiring dengan itu, pemilihan pakaian dalam dan jenama yang tepat bukanlah mudah. Banyak yang perlu dititikberatkan seperti pemilihan material, keselesaan dan tahap sokongan.
Jadi DIVA MY kumpulkan beberapa jenama pakaian dalam wanita yang terbaik dan sesuai untuk kamu yang mahu jadi lebih ‘seksi’ di bilik tidur.
Scroll sampai habis okay?
Triumph
Menjadi salah satu jenama pakaian dalam tertua di dunia, nama Triumph sudah sinonim dalam kalangan wanita. Bukan apa, keselesaan dan material yang digunakan menjadikan jenama ini pilihan utama wanita.
Pilih sama ada kamu mahukan seluar dalam, coli, korset atau set padanan, Triumph ada segalanya.
Calvin Klein
Ringkas, elegan dan praktikal.
Jenama Calvin Klein boleh jadi pilihan terbaik untuk pakaian dalam mengikut keinginan kamu. Tak kiralah sama ada pakaian dalam yang asas atau ekstra, memang rugi kalau tak dapatkannya.
Victoria’s Secret
Tak pernah gagal buatkan pelanggannya berasa seksi dalam cara tersendiri, setiap koleksi yang dikeluarkan oleh Victoria’s Secret pasti akan habis dijual.
Keunikan dan kelainan pada pakaian dalam jenama ini yang menyebabkan ramai wanita mahukannya.
Savage X Fenty
Memang rambang mata kalau lihat pakaian dalam di Savage X Fenty oleh Rihanna.
Bukan sahaja menyerlahkan sisi seksi setiap wanita, malah pakaian dalam jenama ini terkenal dalam mengeluarkan saiz besar sesuai untuk setiap wanita.
Ingat, tak salah kalau belanja diri sendiri pakaian dalam yang mahal untuk keselesaan diri ye. Happy shopping!