“Aduhai terpikatnya melihat rantai mutiara yang dipakai si fesyenista Dua Lipa dan Bella Hadid.”
Rantai ini menaikkan seri mereka dan menambahkan keseksian peribadi. Menurut ramalan tahunan Pinterest untuk 2022, carian fesyen dan aksesori berkaitan mutiara semakin meningkat. Daripada baju sejuk bertatah mutiara kepada gaun dengan perincian mutiara, permata ini mempunyai reputasi dan menjadi keinginan semua orang.
- Foto – Vivienne Westwood
Disebabkan itu, beberapa selebriti dilihat mula memakai sekalung mutiara rekaan Vivienne Westwood yang ikonik. Siapa sangka ia menarik perhatian, sehinggakan pengguna mula mendapatkan rantai dupe secara atas talian dengan harga yang lebih murah.
- Foto – Getty
Rantai mutiara Vivienne Westwood disukai pengguna TikTok selepas bintang seperti Bella Hadid, Dua Lipa dan Rihanna dilihat memakainya. Malah, The New York Times menamakan rantai ini ‘TikTok Necklace’.
- Foto – Getty
Difahamkan rantai Three Row Pearl Bas Relief Choker yang dihiasi dengan kristal Swarovski mula dilihat pertama kali pada tahun 1992. Westwood mencipta rantai ikonik sebagai perhiasan yang dipakai oleh wanita diraja dahulu, dengan rupa grunge yang lebih kontemporari.
- Foto – Getty
Rantai ini sesuai dengan banyak gaya dan mempunyai estetika Y2K. Ia mempunyai keduanya mewah dan effortless, boleh digayakan dengan apa sahaja daripada vest sweater dan baju berkolar putih atau gaun berkilauan.
Ia merupakan rantai mutiara yang klasik dan ‘masuk’ untuk semua looks!