Sudah menjadi norma baharu kini, pengambilan makanan sihat dan berkhasiat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran sangatlah penting.
Walaupun begitu, sukar untuk kekalkan kesegarannya untuk jangka masa yang lama. Lebih dari tiga hari saja, buah dan sayur akan mula menjadi layu serta buruk. Akhirnya terjadilah pembaziran.
Nak tahu cara kekalkan kesegaran buah dan sayur untuk jangka masa yang panjang? Dan paling penting tidak membazir? Mari Wanista kongsikan rahsianya…
Peti Sejuk Beko Harvestfresh: Ini Yang Best!
Mewujudkan tagline #LiveLikeAPro, Beko telah memperkenalkan rangkain inovatif terbaru iaitu peti sejuk Harvestfresh.
Yang istimewanya peti sejuk Harvestfresh ini menggunakan tiga cahaya warna efektif iaitu hijau, biru dan merah seperti cahaya matahari semula jadi.
Kombinasi cahaya ini akan mensimulasikan kitaran cahaya harian termasuklah waktu gelap bagi mewujudkan suasana semula jadi bagi buah-buahan dan sayur yang sudah lama dibeli.
Info penting: Kandungan vitamin dalam buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyusut selepas dituai sehinggalah ketika makan. Vitamin daripada makanan ini sangat penting untuk tingkatkan sistem imun badan, menyusun fungsi kognitif otak dan membekalkan antioksidan semula jadi dalam badan.
Kenapa Perlu Ada Satu Di Rumah?
Wanista sangat syorkan untuk setiap rumah mempunyai satu peti sejuk ini kerana ia didatangkan dengan sistem dwi-penyejukan NeoFrost. Sistem ini bertujuan untuk kekalkan suasana sejuk yang optimun serta membantu mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh yang lama. ‘
Lain daripada yang lain, peti sejuk Harvestfresh menggunakan sistem penyejukan yang berasingan di mana ia boleh kekalkan kelembapan yang tinggi di bahagian sejuk, manakala di bahagian sejuk beku pula kekal kering tanpa perlu frost.
Jadi tiadalah bau-bau yang kurang enak berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain. Malah kualiti udara dalam peti sejuk ini juga dikekalkan pada paras maksima.
“Dahla Makanan Jadi Segar, Jimat Tenaga Pula Tu”
Berita gembira untuk setiap orang, peti sejuk Harvestfresh ini dapat menjimatkan tenaga dengan teknologi ProSmart Inverter Compressor.
Untuk keadaan ini, kamu akan dapat penyejukan yang lebih cepat dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Manakala pengoperasiannya empat kali lebih senyap berbanding kompressor peti sejuk biasa.
Pada masa yang sama, tekonologi peti sejuk Harvestfresh ini juga membantu dalam mengatasi masalah pembaziran makanan dan mengurangkan jejak karbon sedikit demi sedikit.
“Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam menguatkan lagi komitmen untuk memperkasakan generasi baharu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lestari.” – Encik Chan Lock, Ketua Pegawai Eksekutif Beko Appliances Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Beko Malaysia dan mengetahui lebih mengenai peti sejuk HarvestFresh serta produk-produk Beko yang lain, sila layari laman web rasmi Beko, Instagram dan Facebook.