Penatlah asyik bad mood je!
Bad mood boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Ada yang disebabkan oleh Pre-Menstrual Syndrome (PMS), dan ada juga disebabkan oleh emosi serta kesihatan mental.
Nak kembalikan mood ini senang saja dan paling berkesan adalah melalui makanan! Tapi sebelum itu, bukan sembarangan makanan yang boleh kembalikan mood kamu ye.
Nak tahu apakah makanan terbaik untuk mood kamu, semak di bawah;
Kopi
Tak hairanlah kenapa orang selalu kata kopi sebagai mood booster di awal pagi. Kopi bukan sahaja buatkan mood kamu berada dalam keadaan yang baik, malah memberikan tenaga pada kamu.
Info untuk kamu, minum dua kali sehari boleh menyebabkan hormon bahagia terhasil dan gejala stres serta depresi boleh dielakkan.
Salmon
Dipetik daripada The Washington Post, kandungan acid lemak Omega-3 dalam salmon boleh menyokong kesihatan fizikal dan mental.
Tambahan pula, salmon dapat membantu badan menghasilkan hormon gembira, mengurangkan keradangan dan melindungi saraf di otak.
(P/s: Selain ikan salmon, kamu juga boleh pilih untuk ambil ikan mackeral atau sardin ye)
Teh hijau
Kalau kamu nak tahu minum 5 cawan atau lebih teh hijau sehari boleh tangani masalah tekanan. Ini kerana bahan L-theanine dalam teh hijau dapat menghasilkan hormon dopamin dan serotonin iaitu hormon yang membuatkan kamu menjadi bahagia dan tidak bad mood.
(P/s: Minum teh hijau setiap hari, boleh buatkan kulit lebih cantik okay!)
Probiotik
Selain dapat menyeimbangkan bakteria baik dalam usus, makanan probiotik boleh membantu badan menghasilkan hormon serotonin yang berperanan dalam meningkatkan mood.
Jadi makanlah yogurt, kimchi, keju atau tempe kerana makanan ini dapat menangani masalah bad mood, tekanan dan rasa sedih.
Buah-buahan
Bagi Wanista kalau kamu nak kembalikan mood, cuba kamu ambil beberapa buah-buahan yang mengandungi Vitamin B kompleks. Bukan apa, buah ini memainkan proses penting dalam meningkatkan hormon serotonin.
Cuba makan buah-buahan seperti pisang atau alpukat kerana buah-buahan ini mengandungi amino acid, Vitamin B6, Vitamin B3 dan asid lemak Omega-3.
Dark chocolate
Memang betul makan coklat boleh jadi gembira, lebih-lebih lagi dark chocolate.
Walaupun rasanya pahit, dark chocolate sebenarnya mengandungi antioksidan dan asid lemak yang dapat kurangkan hormon kortisol dalam badan.
Makanan pedas
Siapa di sini peminat makanan pedas?
Fakta untuk kamu makanan pedas sangat disyorkan dan berkesan kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran endorfin iaitu penghilang stres dan mengurangkan rasa sakit.
Tetapi kalau kamu ada masalah penghadaman atau gastrik, jangan makan makanan pedas terlalu banyak okay?
Kekacang dan biji-bijian
Cuba tengah bad mood lepas itu kamu kunyah-kunyah makan kekacang atau biji-bijian. Memang automatik rasa okay dan mood pun kembali baik selepas itu.
Tak kisahlah kacang badam, biji matahari, biji labu atau kacang pis sekalipun, makanan ini mengandungi banyak antioksidan dan amino acid yang penting untuk kurangkan risiko kemurungan.
Ingat! Kalau rasa bad mood dan nak kembalikan mood dengan segera, cuba makan salah satu makanan di atas okay? Selamat mencuba!