Berbanding ayah, mak-mak adalah orang yang paling sibuk sekali kalau bab mengemas barang. Tak kiralah nak balik kampung, staycation, melancong di dalam atau di luar negara. Daripada baju, makanan sehinggalah ubat-ubatan, memang semuanya akan disiapkan dengan lengkap.
Kali ini Wanista nak kongsikan tips daripada Facebook Hazirah Maulana. Katanya dalam banyak-banyak barang, travel medical kit anak adalah paling penting sekali.
“Travel Medical Kit” – Apa Yang Perlu Ada?
Kongsi Hazirah ketika dia sekeluarga bercuti, anaknya mula demam panas dan tiada sebarang ubat-ubatan dibawa. Sejak dari situlah baru dia tahu betapa pentingnya travel medical kit ini.
Tambahnya lagi travel medical kit ini perlu disediakan oleh setiap keluarga ketika mahu berjalan jauh. Nak tahu apa yang perlu ada dalam kit ini, semak di bawah;
- Termometer sangat penting untuk mengetahui suhu badan anak. Tapi sebelum mulakan perjalanan, pastikan termometer berfungsi dengan baik.
- Kool fever sangat bagus untuk meredakan demam anak. Jangan letak di bahagian kepala tetapi letak di bawah ketiak atau badan anak.
- Ubat demam sangat penting! Tulis tarikh pembukaannya dan boleh hanya guna selama 2-3 minggu selepas dibuka.
- Minyak Jerslin adalah minyak pelbagai guna. Boleh digunakan untuk luka atau gigitan nyamuk.
- Sanitizer untuk disembur pada bahagian luka supaya bakteria tidak merebak.
- Minyak gamat sesuai digunakan untuk merawat bahagian badan yang luka.
- Dettol digunakan untuk mencuci luka pada badan anak.
- Mozzie patch sangat berguna untuk menghalau nyamuk atau serangga pada badan anak. Hanya lekatkan pada badan sahaja.
- Aspirator hidung elektronik untuk merawat masalah dengkur dan hidung tersumbat terutamanya bila di kawasan sejuk.
- Losyen untuk penjagaan kulit.
- Balm Tasneem untuk membuatkan anak mudah tidur dan boleh juga disapu pada dada jika batuk.
- Minyak zaitun untuk diletakkan pada rambut anak.
- Supplemen atau vitamin.
- Alatan mandian yang lengkap.
Asingkan setiap satu barang mengikut jenisnya baru mudah untuk kamu ambil bila diperlukan. Semoga bermanfaat!