Semudah ABC… resepi di atas.
Siapa yang tak sukakan nutella kan? Selain sedap dimakan bersama roti, ada juga yang ratah begitu saja sambil layan Netflix. Rasa coklat lemak berkrim memang disukai ramai, bukan setakat kanak-kanak yang dewasa pun sama.
- Foto – The Guardian
Nak tahu nutella sekarang boleh buat biskut raya. Namanya Nutella Pod, seakan-akan kuih tart tapi lagi simple dan sumpah senang. Anda hanya perlu sediakan crust dia dan letak nutella akhir sekali.
Nutella Pod
- 250g buttercup
- 200g gula kastor
- Esen vanilla
Satukan bahan di atas. Guna spatula/senduk kayu. Dah sebati masukkan…
- 1 biji kuning telur
Gaul lagi kemudian masukkan…
- 350g tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil baking powder
Sebatikan semua dan akhir sekali masukkan…
- 50g serbuk almond
Sebatikan dan boleh bentukkan. Bakar 25 minit suhu 160 bergantung pada oven masing-masing. Dah sejuk, paipkan nutella dalam pod dan sedia untuk dimakan.
- Foto – Norlailanazira Mohd Agos
- Foto – Pinterest
Mudahkan? Bolehlah buat hujung minggu ini bersama keluarga tersayang.
Sumber – Lubuk Resepi Viral