Kalau kamu pengikut drama, filem atau variety Korea, mesti pernah tengok mereka minum satu sachet ginseng merah.
Katanya ginseng merah itu sebagai suplemen untuk gaya hidup mereka. Macam kita, ambil vitamin C atau minuman kolagen, mereka amalkan minuman ginseng merah.
Kita tahu bahawa ginseng dikaitkan dengan orang tua dan budaya Cina, tetapi ternyata, ada juga ramai orang muda (paling tidak di Korea) yang mengambil ginseng merah Korea sebagai makanan tambahan harian untuk kesihatan mereka.
- Foto – Arkib Wanista
Mereka minumnya di mana-mana, di tempat kerja, sambil bersukan, malah ketika bercuti. Katanya sebagai pembekal tenaga untuk kekal cergas dan cerdas.
Sebagai Ubat Kesejahteraan Secara Keseluruhan
Ginseng Korea biasanya disebut sebagai ubat kesejahteraan secara keseluruhan. Ini kerana ia mempengaruhi beberapa sistem dalam badan (sistem imun, sistem pembiakan, dan sistem neurologi).
- Foto – iStock
Ginseng telah digunakan selama berabad-abad dalam perubahan tradisional Cina untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Digunakan untuk membantu mengatasi tekanan, menurunkan gula darah, serta merawat disfungsi ereksi lelaki dan banyak keadaan lain.
Ginseng Korea terkenal dengan kemampuannya membantu mengatur mood, menguatkan sistem imun, dan meningkatkan kognisi.
- Foto – Strait Times
Secara tradisional, ginseng Korea digunakan untuk:
- Meningkatkan sistem imun
- Kesihatan jantung
- Merawat diabetes
- Menambah tenaga
- Mengurangkan tekanan
- Merawat masalah mati pucuk
Jenama Ginseng Korea CheongKwanJang Dipercayai Di Malaysia
Kalau anda mencari dan teringin nak mengamalkan ginseng merah Korea, pertimbangkan jenama CheongKwanJang.
Merupakan 100% ekstrak ginseng merah Korea yang telah dicairkan dengan air, dibungkus dalam sachet, menjadikannya mudah dibawa dan diminum di mana sahaja pada bila-bila masa. Ia juga diperakui halal.
- Foto – Cheong Kwan Jang
Bila Waktu Terbaik Untuk Consume
Berapa banyak yang harus anda ambil bergantung pada keadaan yang ingin anda perbaiki. Secara keseluruhan, dicadangkan dos harian 200-400 mg ekstrak. Sebaiknya mulakan dengan dos yang lebih rendah dan meningkat dari masa ke masa.
Cari ekstrak ginseng standard yang mengandungi 2–3% jumlah ginsenosida, dan amalkan sebelum makan untuk meningkatkan penyerapan dan mendapat faedah sepenuhnya.
Kesimpulan, ginseng adalah suplemen herba yang telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan Cina. Sama ada anda ingin memperbaiki keadaan tertentu atau hanya meningkatkan kesihatan anda, ginseng patut dicuba.
Selamat Beramal!