Mendengar pengumuman Queen Elizabeth yang dibuat oleh pihak istana, berita mengenai kematian Prince Philip sememangnya mengejutkan orang ramai, hampir seluruh dunia.
Meninggal pada usia 99 tahun di Windstor Castle, pasangan diraja ini dikurniakan 4 orang anak, 8 orang cucu dan 10 orang cicit.
Berkahwin hampir 74 tahun, Wanista akan kongsikan serba sedikit mengenai kisah cinta pasangan diraja Britain ini, iaitu Prince Philip dan Queen Elizabeth.
[1934] Pertama Kali Bertemu
Menghadiri majlis perkahwinan Princess Marina dan Prince George, pasangan ini iaitu Princess Elizabeth (8 tahun) dan Prince Philip (13 tahun) bertemu buat pertama kalinya.
[1939] Bertemu Sekali Lagi
Kemudian, pasangan ini bertemu lagi sekali apabila Princess Elizabeth berusia 13 tahun dan Prince Philip berusia 18 tahun.
Pertemuan kedua ini berlaku apabila Princess Elizabeth melakukan lawatan ke Royal Naval College bersama keluarganya. Ketika ini, Prince Philip merupakan seorang kadet dalam latihan.
Selepas lawatan tersebut berlaku, pasangan ini mula bertukar surat sesama mereka.
[1946] Prince Philip Meminta Restu King George VI
Setelah bertahun-tahun menjalinkan hubungan, Prince Philip (20 tahun) mula meminta restu daripada ayah Princess Elizabeth yang ketika itu merupakan King George VI untuk berkahwin.
Prince Philip juga mencadangkan untuk membuat cincin daripada emas dan meminta tukang emas London, Philip Antrobus menggunakan berlian daripada tiara ibunya.
Kemudian, pasangan ini mengumumkan berita gembira mengenai pertunangan mereka selepas ulang tahun Princess Elizabeth yang ke-21.
[1947] Perkahwinan Prince Philip Dan Princess Elizabeth
Ketika Prince Philip berusia 26 tahun dan Princess Elizabeth berusia 21 tahun, pasangan ini berkahwin di Westminster Abbye.
Ketika ini King George VI menganjurkan majlis perkahwinan yang kecil kerana negara Britain baru pulih dari Perang Dunia II.
Majlis perkahwinan tersebut dihadiri oleh 150 tetamu dan diikuti dengan makan tengah hari di Istana Buckingham.
[1948-1951] Melahirkan Anak Dan Tinggal Di Luar Negara
Setahun selepas perkahwinan mereka, Princess Elizabeth telah melahirkan anak pertamanya iaitu Prince Charles Philip Arthur George.
Dua tahun kemudian, pasangan ini telah menyambut anak kedua mereka dan satu-satunya anak perempuan, Princess Anne Elizabeth Alice Louise.
Menikmati kehidupan sebagai sebuah keluarga yang bahagia, mereka berpindah dan menetap di kediaman kerajaan di Malta.
Menurut ahli biografi, Ben Pimlott mengatakan Prince Philip menyebutkannya sebagai waktu yang ‘normal’ sepanjang hidupnya.
[1953] Princess Elizabeth Ditabalkan Sebagai Pemerintah Negara
Pada usia Princess Elizabeth 25 tahun, baginda mula mewarisi tahkta apabila ayahnya, King George VI mangkat. Melalui pertabalan itu, baginda telah ditabalkan sebagai Queen Elizabeth II.
Keadaan ini dikatakan memberi tekanan pada hubungannya dengan Prince Philip kerana anak-anak mereka tidak akan mendapat nama keluarga Prince Philip.
[1960-1964] Queen Elizabeth II Lahirkan Anak Ketiga Dan Keempat
Selepas beberapa tahun kemudian, Queen Elizabeth II melahirkan anak ketiga iaitu Prince Andrew Albert Christian Edward.
4 tahun kemudian, pasangan tersebut juga melahirkan anak bongsu mereka iaitu Prince Edward Antony Richard Louis.
[1972] Pasangan Ini Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-25
Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25, Queen Elizabeth II telah menyatakan pendapatnya mengenai apakah yang membuatkan dia memilih kehidupan bersama Prince Philip.
“Sekiranya saya ditanya apa pendapat mengenai kehidupan berkeluarga selepas 25 tahun berkahwin, saya dapat menjawab kesederhanaan dan keyakinan yang membuatkan saya melakukannya.”
[1997] Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50
Pada ulang tahun perkahwinan ke-50, Prince Philip telah berkongsi apakah yang membuatkan perkahwinan mereka bahagia selama ini.
“Saya rasa pelajaran utama yang kita pelajari adalah toleransi merupakan satu-satunya unsur penting dalam perkahwinan yang bahagia. Anda boleh lihat pada saya, Queen Elizabeth mempunyai kualiti toleransi yang banyak.”
[2002] Memuji Prince Philip
Bersempena dengan 50 tahun menjadi Ratu, Queen Elizabeth telah memberikan ucapan yang menjurus kepada memuji suaminya.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyebutkan kekuatan yang saya dapat dari keluarga saya sendiri. Duke of Edinburgh telag memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam hidup saya.”
[2017] Prince Philip Bersara Dan Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-70
Menurut The New York Times, Prince Philip telah mengundurkan diri daripada tugas-tugas diraja.
Pada tahun yang sama, pasangan ini telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-70.
[2020] Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-73
Ulang tahun perkahwinan yang ke-73 pasangan ini disambut dengan pelbagai jenis kad yang dibuat oleh cicit-cicit mereka bersempena dengannya.
Pada masa yang sama, Instagram milik keluarga diraja itu yelah memuat naik gambar ketika Prince Philip dan Queen Elizabeth berbulan madu di Hampshire.
[2021] Prince Philip Meninggal Dunia
“Dengan dukacitanya, Yang Mulia Queen Elizabeth II yelah mengumumkan kematian suami tercinta, Yang Mulia Prince Philip, Duke of Edinburgh pada pagi ini di Istana Windsor”
Pada 9 April 2021, Prince Philip telah meninggalkan perkahwinan yang bahagia dengan isteri, Queen Elizabeth, 4 orang anak, 8 cucu dan 10 cicit.
Apabila mendengar berita kematian Prince Philip ini, Queen Elizabeth II berasa sangat sedih dan kehilangan apabila suaminya yang tercinta sudah tidak bersamanya lagi.
Memang wujud cinta sejati itu, kamu hanya perlu percaya dan cari sahaja.