Bagi orang Muslim yang gemar memakan sushi terutama di restoran Sushi Jiro, pastinya terkejut mendengar perkhabaran yang tidak enak mengenai restoran sushi yang popular di Malaysia ini.
Desas-desus di laman media sosial bertiup kencang dengan tuduhan restoran Sushi Jiro terkenal ini, menghidangkan hidangan daging babi kepada pelanggannya.
Pengguna Facebook Luah Pengalaman Diri
- Foto – Twitter/Facebook Sushi Jiro
Dipetik dari Hype, salah satu cawangan restoran Sushi Jiro yang terletak di Central i-City Shah Alam di katakan menghidangkan hidangan daging tidak halal itu di restoran cawangan Shah Alam ini.
Hal ini dialami oleh Emma Azri bersama suami dan dua orang anak mereka yang memilih untuk makan di restoran sushi tersebut, bila mana wanita sekeluarga ini melihat kebanyakan restoran lain di pusat membeli-belah tersebut tutup pada pukul 8.30 malam.
- Foto – Facebook
Kemudian difahamkan apabila wanita ini bersama keluarganya ingin memasuki restoran tersebut, staf Sushi Jiro yang bertugas memaklumkan kepada mereka sekeluarga bahawa restoran Sushi Jiro mempunyai hidangan daging babi.
Beikutan itu, Emma Azri berkongsi pengalaman yang dilaluinya itu di laman Facebooknya yang kini posting tersebut telah di padam.
Nafi Tuduhan, Segera Ambil Tindakan
- Foto – Facebook Sushi Jiro
Isu panas yang tersebar bak api marak ini membuatkan Sushi Jiro segera mengeluarkan kenyataan di laman Facebook, untuk menjelaskan hal sebenar kepada masyarakat khususnya kepada pelanggan Muslim yang sering mengunjungi restoran mereka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari laman Facebook Sushi Jiro, segala tuduhan yang dilemparkan mengenai restoran mereka adalah tidak benar dan pihak Sushi Jiro telah pun mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.
Netizen Mula Sembur Sushi Jiro
Meski Sushi Jiro telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu panas tersebut tetapi netizen terutamanya orang Muslim yang gemar memakan makanan dari negara matahari terbit itu inginkan penjelasan terperinci dari restoran sushi popular ini.
Netizen 1: Tak hidang daging babi tapi ada mirin dalam masakan
- Foto – Facebook Sushi Jiro
Netizen 2: Pork free dan halal hak sama
- Foto – Facebook
Ragu-Ragu Tak Usah Makan, Ada Alternatif Lain
- Foto – Live Japan
Meski restoran Sushi Jiro tidak mempunyai sijil perakuan halal dan hanya beberapa hidangan yang menggunakan mirin (arak beras manis Jepun), tetapi jika hati sudah berasa ragu-ragu dinasihatkan tidak usahlah memakannya apatah lagi banyak lagi alternatif lain boleh di pilih.
Lagi pun di Malaysia kini, terlalu banyak gerai serta restoran halal yang mengeluarkan hidangan sushi betul tak?