Ada yang sedang berpuasa hari ini? Semoga puasa-puasa baik-baik saja.
Entry kali ini, penulis nak berkongsi satu resepi manisan boleh cuba untuk berbuka nanti. Nama diberi Kek Oren Sempoi Sedap Raya, resepi dikongsi oleh netizen di Facebook dan telah mendapat sambutan hangat dengan perkongsian lebih 46 ribu saja.
Katanya, resepi kek oren orang dulu-dulu merupakan juadah rasmi raya mereka sekeluarga. Tengok gambar pun dah nampak sedap, nah resepinya.
- Foto – Arkib Wanista
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- 1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
- 3 sudu teh sunquick
- 1 1/2 cawan gula
- 4 biji telur
- 1 cawan minyak
- Sedikit garam
Bahan kering:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
Cara-cara membuat:
- Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
- Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
- Masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
- Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
- Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
- Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang.
- Bau oren yang harum memikat confirm bikin semua terliur.
Selamat Mencuba!
Sumber resepi – FB Chef Danial Hadi