Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat?
Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan vagina. Bukan apa, malulah kalau vagina berbau dan alami jangkitan.
Walaupun vagina merupakan salah satu anggota badan yang amalkan self-clean, tetapi sebagai wanita kita perlu ambil berat tentang penjagaan kebersihanya.
Tidak kiralah sama ada kamu masih remaja mahupun dewasa, terdapat beberapa cara untuk mengekalkan vagina bersih dan sihat perlu diketahui oleh setiap wanita.
Selamat Tinggal Bulu-Bulu
Memang tidak boleh dinafikan bahawa bulu kemaluan boleh menjadi perisai dan melindungi vulva daripada debu mahupun jangkitan bakteria.
Tetapi jika folikel bulu kemaluan kamu tersumbat dan menyebabkan benjolan merah atau whitehead, semestinya ia tidak sesuai dan perlu dibuang. Jika kamu membiarkannya, vagina boleh dijangkiti dengan lebih teruk.
Jadi, tidak kiralah sama ada menggunakan pisau cukur mahupun waxing, kamu boleh membuang kesemua bulu atau trim dengan pendek setiap kali mandi. Tujuannya adalah mengelakkan jangkitan bakteria dan mengekalkan penjagaan kebersihan vagina.
Katakan Tidak Kepada Seluar Ketat
Salah satu penyebab kenapa vagina sering dijangkiti dengan bakteria atau yis adalah pemakaian seluar atau pakaian dalam yang ketat. Jika kamu mahu memakai seluar ketat, pastikan pilih material yang berkapas untuk berikan pengudaraan pada vagina.
Sekiranya kamu memakai seluar atau pakaian daripada kain sintetik, ia akan menyebabkan vagina berpeluh dan menjadi lembap. Jadi elakkan juga pemakaian seluar kulit dan spandeks yang ketat bagi menjaga vagina.
Jangan Dan Elak Gosok Terlalu Kuat
Selepas mandi, bagaimanakah kamu mengeringkan bahagian vagina? Ambil tuala dan menggosok dengan terlalu kuat atau dab sahaja?
Untuk pengetahuan kamu, vagina merupakan kawasan yang sangat sensitif. Jika kamu menggosok dengan tuala yang kasar dengan terlalu kuat, ia boleh membuatkan vagina berasa sakit dan merengsa.
Jadi, gunakan tuala yang lembut atau tisu dan dab sahaja di permukaan vagina secara perlahan-lahan sehingga kering. Atau kamu boleh tunggu sebentar sehingga ia kering.
Berhenti! Jangan Beria ‘Cuci’ Vagina
Pernah tak kamu dengar ibu atau orang yang berpengalaman beritahu untuk tidak mencuci atau sembur air secara terus ke bahagian vagina?
Memang vagina sendiri yang melakukan pembersihan tetapi kamu tidak boleh menyembur secara terus ke permukaan vagina. Kerana ia boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan merosakan keseimbangan pH.
Jika kamu menggunakan pencuci alat sulit, elak daripada menggunakannya. Ini kerana produk-produk tersebut mengandungi wangian dan antiseptik yang membolehkan vagina alami kerengsaan.
Jangan Kacau ‘Kerja Pembersihan’ Vagina
Memang tidak dinafikan lagi, vagina sememangnya tidak memerlukan bantuan kita untuk membersih. Anggota badan ini terkenal dengan gelaran ‘self–clean‘ di mana ia akan membersihkan vagina secara semula jadi.
Walaupun di pasaran, banyak orang menjual pencuci alat sulit tetapi vagina tidak memerlukannya. Ini kerana pencuci tersebut boleh mengganggu keseimbangan pH dan membuatkannya dijangkiti dengan bakteria.
Ambil Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Vagina
Makanan sememangnya memainkan peranan penting tidak kiralah menjaga kesihatan vagina mahupun badan. Pemilihan makanan yang sesuai dan mengandungi nutrien yang baik untuk vagina sangat diperlukan.
Jangkitan yis boleh dielakkan dan keseimbangan pH vagina boleh dijaga sekiranya kamu mengambil makanan yang mengandungi jumlah probiotik yang tinggi.
Beberapa makanan ini sangat sesuai untuk membuatkan vagina bersih dan sihat seperti yogurt, bawang putih, soya, alpukat, jus kranberi dan sebagainya.
Elak Vagina Kering Dengan Minum Air Secukupnya
Perasan tak kalau tidak cukup air secara automatik badan berasa sangat kering dan lemah, betul tak? Seperti mulut dan beberapa bahagian badan yang lain, ia juga boleh menyebabkan vagina kamu menjadi sangat kering.
Untuk pengetahuan kamu, apabila vagina mengalami dehidrasi ia boleh menjadi kekeringan dan mengeluarkan bau yang busuk! Jika kamu terbau bau vagina, pastikan semak kembali adakah kamu mendapat air secukupnya atau tidak.
Kamu boleh cuba dengan minum air sebanyak 8 sehingga 10 gelas pada setiap hari atau muat turun aplikasi pengiraan jumlah air yang diminum setiap hari bagi memudahkan kamu.
Bersama Dengan Pasangan? Gunakan Pelincir Yang Sesuai
Bagi sesetengah wanita, mereka alami sedikit kesukaran kerana vagina tidak mengeluarkan cecair yang mencukupi ketika bersama dengan pasangan. Jangan risau kerana kamu boleh gunakan pelincir.
Fungsi pelincir ini sama seperti cecair daripada vagina iaitu mengelakkan vagina berasa sakit atau terkoyak ketika bersama dengan pasangan.
Untuk menggunakan pelincir, pastikan kamu membeli yang pelincir yang sesuai. Ini kerana bukan semua jenis pelincir sesuai dan pilihan terbaik yang boleh kamu guna adalah pelincir yang berasaskan air.
Setiap orang memiliki vagina yang berlainan, sama ada dari segi bentuk dan saiz. Kamu perlu tahu, setiap vagina unik dalam cara mereka sendiri. Jadi, jagalah kebersihan untuk vagina kamu kekal sihat dan bersih.