Jika bijak memilih makanan tak mustahil diri kamu boleh turunkan berat badan dengan berkesan, lagipun memang terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membakar lemak.
Ingin mengetahui lebih lanjut, Doktor Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi beberapa nama makanan atau menu yang berkesan sebagai fat burning.
Buah Epal Hijau Dan Mentega Kacang
- Foto – Our Sweetly Spiced Life
Amalkan memakan buah epal hijau dan juga satu sudu besar mentega kacang, bagus untuk diet pemakanan harian.
Apatah lagi ia mengandungi protein yang diperlukan untuk tubuh badan, dan dalam masa yang sama membakar lemak dalam badan.
Buah Avokado Dan Telur
- Foto – Down Shiftology
Selain buah epal, buah avokado juga bagus untuk kamu amalkan jika ingin menurunkan berat badan kerana memakan buah avokado memberi rasa kenyang dan juga berkhasiat.
Bukan itu saja, amalan memakan dua hingga tiga biji telur sehari juga membekalkan rasa kenyang dan protein yang baik pada diri di samping dapat membantu menurunkan berat badan.
Roti Bijan Dan Minyak Zaitun
- Foto – Pinterest
Memakan roti bijan bersama minyak ziatun juga bagus untuk menurunkan berat badan kerana tidak mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan juga membakar lemak.
Sayur Celery
- Foto – Healthify Me
Sayur celery juga bagus digunakan dalam masakan atau dijadikan jus, kerana ia bukan saja berkhasiat tetapi juga merupakan salah satu makanan yang dapat membakar lemak.
Ayam Atau Ikan Stim Bersama Cili Flakes
- Foto – China Travel Guide
Amalan memakan menu ayam atau ikan stim bersama cili flakes juga bagus kerana ayam dan ikan membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh badan.
Manakala cili flakes bukan saja membuatkan makanan menjadi sedap tetapi juga boleh mengurangkan kolesterol dalam badan dengan kepedasan dari cili flakes tersebut.
Teh Hijau Jepun
- Foto – Yoga Digest
Penggunaan teh hijau Jepun dari dulu lagi memang telah terbukti sebagai pembakar lemak, di samping membekalkan antioksidan yang tinggi dalam diri.
Cuka Epal
- Foto – Pinterest
Selain teh hijau Jepun penggunaan cuka epal juga bagus dalam pemakanan, kerana ia bukan saja dapat melancarkan sistem penghadaman tetapi ia juga bagus untuk merendahkan kolesterol dalam darah.
Jika kamu amalkan menu makanan seperti yang dinyatakan oleh Doktor Sheikh Muszaphar dan tidak tinggal bersenam, tidak mustahil berat badan boleh turun sebanyak lima kilogram betul tak?
Yang penting konsisten dan berdisiplin memang boleh kurus punyalah!
Selamat beramal♥