“Eh macam mana nak sebut jenama ini?”
Uniqlo, Zara, Huawei, Laneige, antara sebilangan label kegemaran kita mungkin kelihatan senang disebut. Tetapi tahukah sebilangan besar jenama ini ditubuhkan di negara-negara bukan berbahasa Inggeris, jadi kadang-kdang ia tidak kedengaran seperti dieja.
Lagi pula kalau kamu melancong atau merantau ke sana, sebut jenama seperti yang biasa disebut, tapi sayangnya warga tempatan tak familiar. Boleh jadi.
Ini antara nama jenama popular seisi rumah yang sebenarnya kita semua salah sebut. Mari belajar bersama bagaimana menyebutnya dengan betul.
IKEA
- Foto – Forbes
Lazim orang menyebutnya secara “eye-key-ah” walhal cara sebutan sebenar adalah “ee-kay-uh.”
Laneige
- Foto – Laneige
Nama produk popular Laneige diambil sempena perkataan Perancis “la neige” yang diterjemahkan sebagai “salji.” Cara nak sebut Laneige mengikut cara orang Korea adalah “la-ne-jeu.”
Evian
- Foto – Luxury
Air mineral yang lebih mahal berbanding yang lain. Sebabnya ialah ia dibungkus dalam botol PET, lebih mahal untuk dihasilkan. Sebutan Evian yang betul ialah “eh-vee-on.”
Huawei
- Foto – Nikkei Asia
Biasanya orang asing akan menyebut sebagai “hu-ah-wei,” tetapi cara yang betul adalah dengan mengatakan “wah-way.”
Zara
- Foto – The New Indian Express
Nama pendek dan nampak mudah, tapi sebenarnya ramai yang salah. Mengikut orang Itali sebutan Zara yang sebenarnya berbunyi “tsah-dah” atau “dzah-dah.”
Sriracha
- Foto – The Economic Times
Walaupun produk ini sangat popular, tapi hingga kini macam-macam gaya sebutan kita dengar, paling ketara “sri-rach-cha.” Sebaliknya, kita harus menyebutnya sebagai “see-rotch-ah.”
Glossier
- Foto – Medium
Produk kosmetik ini berjaya menjadi salah satu jenama paling popular di pasaran hanya dalam beberapa tahun. Namun, masih ramai orang salah menyebutnya, selalu didengar “Gloss-ee-r.” Sebenarnya, cara yang tepat adalah “gloss-ee-ay.”
Samsung
- Foto – Asia Magazine
Ada beza ye? Ramai orang sebut jenama kelahiran Korea dengan cara “sam-sung,” tapi ini cara sebutan yang tepat “sam-song.”
Nutella
- Foto – News
Sekejap ada orang ke yang salah sebut perkataan Nutella? Ya, orang biasa mengucapkan “nut-ell-uh.” Namun, terungkap bahawa produk tersebut seharusnya disebut seperti “new-tell-uh.”
Tak kisahlah macam mana gaya sebutan, as long as ada bunyi dan orang faham. Itu dah memadai. Jangan nak complicated sangat!