Adakah kamu berasa tidak selesa dan tidak gembira bekerja di tempat kerja pada ketika ini? Apa yang membuatkan kamu mempunyai perasaan sebegitu?
Rasanya ramai wanita pernah atau sedang mengalami perasaan sedemikian bukan, tapi apa yang membuatkan kamu mempunyai perasaan begitu.
Ada banyak faktor yang boleh membuatkan kamu rasa tidak gembira di tempat kerja, untuk mengetahui lebih lanjut mari teroka bersama Wanista di bawah.
Hilang Motivasi
- Foto – Vanilla Reindeer
Kadang-kala penyebab yang membuatkan kamu berasa tidak gembira sebenarnya sangat ringkas, seperti hilang motivasi untuk bekerja boleh mempengaruhi emosi kamu sendiri.
Apabila kamu hilang motivasi buatlah apa pun, pasti kamu akan merasakan setiap kerja yang dilakukan hanyalah beban dan mulalah diri kamu dibelenggu dengan pelbagai mainan emosi yang lain.
Tiada ‘Berita Gembira’ Meski Dah Lama Kerja
- Foto – Fresh News In Nigeria
Dari aspek lain pula, apa yang membuatkan kamu berasa tidak gembira adalah boleh jadi kerana tiada khabar gembira kenaikan pangkat atau gaji meski telah lama berkhidmat.
Rasa tidak gembira ini akan terus menyerang dalam diri kamu, apatah lagi bila kamu lihat rakan sepejabat yang telah lama bekerja seperti kamu mendapat surat pelantikan dan kenaikan.
Dikelilingi Rakan Sekerja Yang Toksin
- Foto – Make Change
Kamu juga boleh rasa tidak gembira kerana perangai rakan sekerja yang toksin, apa saja yang kamu buat pasti ada saja yang dijadikan bahan dan menyakiti hati kamu. Dan hal ini juga, mempengaruhi prestasi dan mutu kerja kamu.
Selalu Ditekan Dengan Bos Atau Pihak Atasan
- Foto – Ladders
Selain rakan sekerja, bos atau pihak atasan juga boleh menyebabkan jiwa kamu berasa tidak gembira. Bos atau pihak atasan selalu mencari salah dan sering menekan kamu di tempat kerja, membuatkan kamu tidak lagi rasa bahagia untuk ke tempat kerja.
Kerja Makin Bertambah Tapi Bonus Tiada
- Foto – 123rf
Satu lagi perkara yang membuatkan kamu berasa tidak gembira di tempat kerja adalah kerana jumlah kerja semakin bertambah saban hari, banyak permintaan dari bos atau pihak atasan harus dipenuhi tapi bila ditanya soal bonus atau gaji senyap.
Nah, tidak hairanlah mood diri makin tidak seimbang dan jiwa pun berasa sesak menghadap kerja yang berlambak di depan mata.
- Foto – Employee Benefits
Meski banyak perkara lain yang boleh menyumbang kepada mood tidak gembira kamu di tempat kerja, apa yang boleh kamu lakukan adalah tidak terlalu mengambil hati sangat dan lebih baik hiraukan perkara tersebut.
Fokuskan fikiran kamu dengan cuba menyemai rasa cinta pada kerja yang kamu lakukan, dan cuba ingat kembali semangat berkobar-kobar kamu semasa awal-awal kamu masuk kerja dahulu.
Percayalah lama-kelamaan perasaan tidak gembira itu akan hilang, dan kamu makin matang di alam pekerjaan ini.