Bayangkan ini adalah abad ke-21, dan ramai orang masih berfikir bahawa wanita harus berkahwin pada saat mereka meniti ke usia akhir 20-an atau 30-an.
Bagaimana persepsi itu boleh menyebabkan ramai mengalami anxiety, kata-kata seperti – What if I end up alone? What if I don’t ever have kids? Do I even want kids?
Betul… Tapi bukankah masa depan anda adalah keputusan anda sendiri dan mengapa kata-kata orang lain perlu anda fikirkan.
Wanista pasti kaum hawa yang sudah menjangkau angka 3 biasa mendengar kata-kata seperti di bawah ini.
“Anda akan menjadi tua dan kesepian”
Semua orang akan tua, tetapi hidup kesepian bergantung pada individu itu sendiri. Jangan biarkan orang lain meramal masa depan anda, kerana mereka tidak tahu perjalanan hidup anda.
Yang pasti banyak perkara boleh berlaku di usia sekarang dan akan datang, banyak lagi perkara yang boleh dipelajari dan tempat untuk dilawati.
- Giphy
“Kesiannya masih bujang”
Kata-kata yang biasa anda dengar jika berhadapan dengan orang tua, seperti pak cik, mak cik dan sepupu. Pertama sekali, kenapa perlu kisah akan kata-kata tersebut jika kehidupan anda baik-baik sahaja, dan anda tahu apa yang anda lakukan.
Tidak perlu bercerita pada orang yang tidak memahami philosophy hidup anda. Jadi, jangan terhadkan pemikiran dengan kata-kata sinis itu.
“Jangan memilih sangat”
Anda tidak memilih. Anda mempunyai standard sendiri bila dalam sesuatu perhubungan. Anda tidak sepatutnya settle down dengan seseorang hanya kerana anda takut hidup tua keseorangan di kemudian hari.
Apa yang perlu anda tahu ialah – life is short, tetapi itu tidak bermakna anda perlu menjual diri sedangkan anda sendiri tidak bahagia, apatah lagi bersedia.
Don’t waste your time with someone you know isn’t the one. Teruskan hidup dalam kehidupan terbaik anda dan biarkan cinta itu datang dengan sendirinya.
- Giphy
Kesimpulannya, hidup bersendirian bukanlah suatu hal yang teruk. Ia juga tidaklah membosankan dan memalukan!
Percayalah, sebenarnya anda harus berbangga dan gembira kerana sekurang-kurangnya anda bebas melakukan apa sahaja yang diingini.