“Saya tidak mahu menjadi satu daripada 10 orang yang meninggal disebabkan oleh anorexia. Penyakit ini bukan disebabkan oleh masalah berat badan tetapi mindset.” – Jose Maria
Bahayanya mempunyai penyakit yang dipanggil sebagai anorexia, seorang influencer Instagram meninggal dunia ketika berada dalam perjalanan untuk bercuti bersama rakannya.
Berusia 24 tahun, Josi Maria yang berasal daripada Jerman sering berkongsi tentang perjalanan hidup dan penyakit yang dialaminya secara terbuka di Instagram miliknya.
Beberapa hari sebelum dia meninggal dunia, Josi Maria telah menyatakan bahawa dia berasa takut kehilangan nyawanya disebabkan oleh eating disorder.
“Tidak semua orang mahu kurus semata-mata, ianya disebabkan oleh beberapa perkara lain seperti prestasi dan juga pengawalan diri.
Situasi ini menjadi satu pertempuran untuk diri saya melawannya, iaitu dengan menurunkan berat badan dan mencari lebih banyak kegembiraan dalam hidup.”
Ketika di Gran Canaria, iaitu salah satu pulau di Sepanyol, Maria dikatakan mempunyai masalah kegagalan jantung untuk berfungsi akibat penyakit ini.
Setelah sampai di pulau tersebut, kedua-dua mereka tertidur dan rakannya menyedari Maria tidak lagi bernafas setelah dia terjaga dari tidur.
“Maria memberitahu bahawa dia telah mengambil dua gelas kopi dan tidak makan selama dua hari. Disebabkan oleh hal itu, sistem peredaran darahnya tidak dapat berfungsi dengan sempurna”, ujar rakannya.
Untuk pengetahuan kamu, menurut National Association of Anorexia Nervosa and Associated Disorders, penyakit ini mempunyai 9% populasi di seluruh dunia dan menjadi penyakit mental yang membawa maut selepas Overdosis Opioid.
Bagaimana Anorexia Boleh Terjadi?
Penyakit ini boleh terjadi apabila seorang individu semasa mereka akil baligh dengan mengehadkan pengambilan makanan harian sehingga menyebabkan berat badan mereka menjadi rendah.
Dalam pada masa yang sama, mereka mempunyai perasaan yang takut untuk menambah berat badan dan kebimbangan yang berlebihan dengan melihat berat serta bentuk badan.
Apabila mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, mereka akan menjadi kelaparan. Kesannya mereka boleh menjadi sangat kurus dan kekurangan banyak zat makanan tetapi mereka masih menganggap diri mempunyai berat badan berlebihan.
Bahaya Anorexia
Anorexia ini mempunyai pelbagai tahap jenis komplikasi iaitu daripada ringan sehingga menjadi teruk.
Sebanyak 5% sehingga 20% orang yang menghidapi penyakit ini akan meninggal dunia disebabkan oleh beberapa komplikasi yang berkait dengan menahan diri kelaparan seperti jantung, buah pinggang dan beberapa kegagalan organ yang lain.
Semakin lama seorang individu menghadapi penyakit ini, semakin tinggi risikonya untuk meninggal dunia. Disebabkan oleh penyakit anorexia ini, seorang individu boleh menghadapi beberapa komplikasi kesihatan yang lain seperti:
Masalah Jantung
Menahan lapar, bingeing dan purging iaitu makan dalam kuantiti yang sangat banyak daripada kebiasaannya boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit alam badan. Elektrolit ini mengadungi bahan seperti sodium, postassium dan chloride yang berfungsi dalam mengatur degupan jantung.
Apabila badan mula dehidrasi, elektrolit ini akan menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan normal. Walaupun ianya boleh diatasi tetapi keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terkena serangan jantung.
Saiz Dan Berat Badan
Bagi individu yang mempunyai penyakit ini, mereka akan menahan kelaparan dan berusaha dengan keras untuk menurunkan berat badan.
Situasi ini bukan sahaja membuatkan berat badan mereka turun, tetapi mereka kehilangan jisim otot. Seperti jantung, ia sebenarnya salah satu otot dalam badan, dan apabila individu tersebut kelaparan, ia boleh menyebabkan penurunan ukuran dan saiz ruang.
Untuk jantung dan paru-paru berdegup dengan normal, badan memerlukan tenaga. Apabila individu kelaparan, ia membuatkan tenaga dalam badan dijimatkan penggunaannya untuk otot yang lebih penting menggunakannya untuk hidup.
Gastrointestinal disorders
Berbeza dengan individu yang sihat, mereka yang menghidapi anorexia ini akan mengalami masalah pengosongan gastrik kerana makanan yang dimakan akan lambat dihadam.
Kebanyakkan individu ini akan berasa kembung dan ‘stuffed‘ selepas makan dalam jumlah yang sederhana dan ada yang berasa kenyang dalam beberapa gigitan sahaja.
Untuk individu yang mempunyai simptom seperti muntah, mereka berisiko dalam mengalami pendarahan dalam badan, ulser, gastritis dan keradangan dalam perut.
Apabila mereka muntah, ia membuatkan esophagus menjadi bengkak dan memberi tekanan kepada perut sehingga pecah. Situasi ini boleh membawa maut kepada mereka dan boleh dielakkan jika dirawat dengan segera.
Sangat mengerikan. Bagi mereka yang menghidapi penyakit ini, jangan berasa takut. Dapatkan pertolongan daripada pakar dan rawatan dengan segara bagi mengatasi masalah ini.