Kulit masih lagi kusam dan kering walaupun dah guna pelbagai produk.
Perkembangan teknologi dan gaya hidup yang sibuk, antara faktor menjejaskan keserian semula jadi kulit ketika anda meningkat ke usia 20-an atau awal 30-an.
Keadaan ini menyebabkan anda tidak mempunyai banyak masa untuk menggunakan pelbagai produk pada kulit. Jadi bagaimana nak tangani kulit kusam dan kering dengan tona dan tekstur yang tidak rasa? Bila kulit kusam, nak berdepan dengan orang pun rasa tidak yakin dan malu.
Neutrogena Tampil Produk Bright Boost
Jenama penjagaan wajah tersohor Neutrogena memperkenalkan rangkaian Bright Boost, produk pencerahan baharu untuk semua jenis kulit untuk menangani masalah kulit kusam dan memberikan anda kulit yang berseri!
- Foto – Neutrogena
Keunikan Bright Boost adalah ia dibuat berdasarkan maklum balas daripada wanita yang menghadapi masalah yang sama, kulit kusam.
Lima Saintis Wanita Paling Berbakat
Rangkaian Bright Boost adalah hasil kolaborasi global pertama antara lima saintis wanita yang berbakat dari pelosok dunia, Natali Abreu dan Anna Rose dari Amerika Syarikat, Carine Hardy dari Perancis, Anna Trondoli dari Brazil, dan Diyana Sudarsono dari Singapura.
Bersama-sama mereka membangunkan produk pencerah kulit universal yang memenuhi pelbagai keperluan daripada jenis kulit dan iklim yang berbeza.
Mengandungi Bahan Pencerah Kulit Terkini
Keberkesanan produk ini adalah hasil daripada bahan pencerah kulit terkini yang dikenali sebagai Neoglucosamine. Asid Hyaluronik meningkatkan penghidratan, gula amino unggul ini “menghidupkan” kecerahan dan membantu menggantikan semula kulit.
- Foto – Neutrogena
Tidak seperti pencerah kulit yang lain, Neoglucosamine merupakan blok binaan bagi Asid Hyaluronik yang membantu memperbaharui kulit untuk kulit yang lebih segar, berseri, dan mencegah garis halus.
Neoglucosamine Berfungsi Tiga Cara Untuk Mencerah
- Mengganti permukaan kulit: Terbukti dapat meningkatkan pergantian permukaan kulit 10X lebih cepat berbanding kulit yang tidak dirawat, Neoglucosamine mempercepatkan proses pembaharuan kulit dengan mencegah sel-sel lama ini daripada tersekat.
- Tona sekata: Memberikan warna dan tekstur kulit yang lebih sekata dengan merencatkan pengeluaran pigmentasi kulit untuk mengurangkan penghasilan bintik-bintik hitam.
- Penghidratan: Sebagai bahan asas Asid Hyaluronik, Neoglucosamine berkesan membuat kulit lebih anjal supaya kulit tampak lebih berseri.
- Foto – Clarity
Rangkaian Neutrogena Bright Boost merangkumi Bright Boost Resurfacing Micro Polish (RM55.00/75ml), Bright Boost Illumating Serum (RM94.00/30ml) dan Bright Boost Gel Cream (RM95.00/50ml), boleh didapati di Watsons (di kedai dan dalam talian di www.watsons.com.my) mulai Disember 2020.