Video seorang remaja perempuan yang juga merupakan bekas atlet gimnastik British tular di sosial media, kerana aksi gilanya yang sering mengetuk kepala dan melakukan pergerakan yang sama berulang kali.
Avie yang berusia 20 tahun ini didagnos menghidap penyakit sindrom tourette pada tahun 2018, bekas atlet muda ini disahkan mengalami masalah Functional Neurological Disorder (FND) yang menyebabkan sistem saraf pusat tidak berfungsi dengan betul.
Guna TikTok Kongsi Kisah Hidup Hidap Sindrom Tourette
https://www.youtube.com/watch?v=6w3c1LmDGnk
Avie yang tidak lagi terlibat dengan dunia sukan, berkongsi kisah hidup bagaimana sukarnya untuk menjalani kehidupan seperti insan biasa setelah menghidapi sindrom tourette ini di akaun TikToknya.
Dengan platform ini Avie secara tidak langsung bukan saja dapat berkongsi kisah hidupnya, tetapi juga dapat melepaskan tekanan yang dihidapi.
Bukan Gila, Ini Adalah Pergerakan Tics Penghidap Sindrom Tourette
- Foto – Arkib Wanista via Instagram This Trippy Happie
Pada permulaan Avie berkongsi video kehidupan hariannya melawan sindrom ini, membuatkan orang ramai yang melihat video tersebut menganggap Avie sebagai seorang remaja yang gila atau kurang siuman.
Bagi yang tidak tahu pergerakan, kata-kata dan bunyi yang keluar dari Avie dikenali sebagai tics, dan ini merupakan ciri-ciri seseorang yang menghidapi sindrom tourette.
Sukar Melakukan Aktiviti Harian
Berdasarkan video yang tular, Avie menerangkan bahawa dirinya sukar melakukan aktiviti harian kerana pergerakan berulang atau tics yang sering berlaku berulang-kali menyukarkan dirinya untuk menyolek, memasak, hatta memegang gelas berisi air didalamnya.
Seorang Yang Sangat Pemalu
- Foto – Arkib Wanista via Instagram This Trippy Happie
Melihat bekas atlet ini di dalam video TikToknya menunjukan dirinya seperti seorang remaja yang berani dan ceria, tetapi sebenarnya Avie merupakan seorang yang sangat pemalu dan mudah berasa cemas.
Tiada Ubat Untuk Merawat Sindrom Tourette
- Foto – Arkib Wanista via Instagram This Trippy Happie
Dalam instastory Avie iaitu This Trippy Happie, berkongsi kepada pengikutnya bahawa sindrom tourette ini tiada penawar untuk mengubati penyakit ini.
Avie juga tidak menyembunyikan bahawa dirinya memang berasa sedih kerana tiada ubat yang boleh merawat penyakit yang dihidapinya, tetapi dirinya cuba memandang positif dan jalani kehidupan yang gembira bersama keluarganya.