Terkejut ye?
Agaknya memang sudah menjadi trend manusia memilih untuk menamatkan zaman bujang dengan anak patung boneka yang menyerupai manusia.
Banyak betul cerita sebegini terpampang di dada akhbar. Apa yang membuatkan mereka memilih boneka? Lagi bahagia kerana tidak perlu berkomunikasi atau?
Samalah seperti kisah ahli bina badan ini yang memilih berkahwin dengan boneka cantik paling sempurna.
Lamar Disember 2019
Yuri Tolochko, seorang pelakon dan pembina badan Kazakhstan akhirnya mengikat tali perkahwinan dengan sex doll, Margo selepas melamarnya pada Disember 2019.
Mereka sepatutnya berkahwin pada bulan Mac tetapi ditangguhkan kerana coronavirus. Kemudian ditangguhkan lagi selepas diserang semasa perhimpunan transgender pada bulan Oktober – tetapi mereka akhirnya mereka selamat menjadi suami isteri.
Lapan Bulan Bercinta
Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa Tolochko menjalin hubungan dengan Margo selama lapan bulan sebelum melamarnya.
- Foto – IG yurii_tolochko
Selama lapan bulan, Tolochko dan Margo seperti pasangan lain sering bertengkar dan tidak sefahaman, tapi lelaki ini tetap nekad mahu mengahwini boneka plastik ini.
Margo ‘Insecure’ Dengan Penampilan Diri
Tolochko mendakwa Margo mempunyai personaliti yang insecure terhadap penampilannya selepas Tolochko mengumumkan kisah perhubungan mereka secara umum.
“Ketika saya mempersembahkan fotonya pada dunia, ada banyak kritikan dan dia mulai menajdi kompleks dan sukar sehingga kami memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik.
- Foto – IG yurii_tolochko
“Dia telah banyak berubah. Pada mulanya sukar untuk diterima tetapi saya kemudian saya terbiasa. Saya membawa Margo ke klinik sebenar dan dirawat oleh real doctor.
Margo Kerja Sebagai Pelayan Di Bar
Makin menjadi pelik bila Tolochko mendakwa Margo bekerja sebagai pelayan wanita di bar tempatan. Di tidak dapat berjalan sendiri dan memerlukan pertolongan.
Margo tidak tahu bagaimana memasak, tetapi dia suka masakan Georgia. Hidangan kegemarannya adalah ‘khinkali’.
- Foto – IG yurii_tolochko
Kata Tolochko, walaupun penampilan Margo nampak keras tetapi dia mempunyai jiwa yang lembut, dan itu yang membuatkan cinta saya padanya kuat.
Macam-macam kan. Apapun tahniah kepada Tolochko dan Margo, semoga menyusuri hari-hari bahagia dengan baiknya.