Bila kawasan bahagian intim, lagi-lagi di celah paha rasa gatal, mulalah nak garu hinggakan menyebabkan kering, merah dan menggelupas. Kamu rasa puas bila garu, walhal kamu tak tahu ia makin mudaratkan lagi.
Keadaan celah paha yang kurang menarik membuatkan mereka yang bakal berkahwin rasa kurang berkeyakinan dan malu nak berdepan dengan pasangan nanti.
Boost your confident dengan merawat kembali celah paha agar terlihat bersih dan selesa.
Guna Pembersih Wanita
Celah paha atau kelangkang cenderung untuk gelap kerana pemakaian seluar dalam dan seluar secara berterusan.
- Foto – Arabia
Untuk itu, mulakan rutin penjagaan dengan menggunakan pembersih wanita, sebaiknya guna yang lembut tidak memberi reaksi pada kulit.
Exfoliate Setiap Minggu
Jaga bahagian intim sama penting dengan jaga muka. Kebiasaan ini menghalang bulu tumbuh ke dalam dan kulit bergelombang dari terbentuk.
Gunakan produk yang lebih lembut seperti gel pengelupasan yang akan mengangkat lapisan kulit mati di kawasan itu.
Menyubur Dan Menghidrat Setiap Masa
Jangan bagi kawasan tersebut kering, sehinggakan menyebabkan kegatalan dan gelap. Kamu patut menghidrat setiap masa.
- Foto – Tumblr
Idea apply Sunflower Oil selepas mandi dan sebelum tidur. Ia akan menghidrat dan mencerahkan kawasan, dan mudah diserap oleh kulit.
Jaga Bulu Juga
Bila bulu pada kemaluan menjadi kering dan lebat, ini akan menyebabkan kegatalan akibat geseran. Hingga boleh menyebabkan kegelapan.
Jadi kamu boleh apply minyak dan urut kawasan tersebut agar lembut. Langkah ini juga mencegah bulu tumbuh lepas dari waxing.
Pilih Seluar Dalam Yang Sesuai
Kebiasaan biasa untuk setiap perempuan, sama ada terlalu besar atau kecil hingga terlalu ketat.
- Foto – First For Women
Seluar dalam yang kesat menyebabkan geseran, kemudian menjadi gelap. Wanista syorkan beli seluar dalam jenis seamless breathable, yang sangat selesa, boleh bernafas dengan baik dan sejuk bila dipakai.
Selamat Beramal!