Siapa yang tidak suka berehat selepas seharian mencari rezeki. Daripada berehat di sofa, apa kata cuba angkat kaki dan tegakkan ke dinding (seperti gambar di atas) – senaman ini bukan sahaja dapat membantu anda berehat, tapi juga memberi manfaat kepada badan.
Dari meningkatkan peredaran darah hingga tenaga dan kualiti tidur, banyak manfaat diperoleh bila senaman yang disebut Viparita Karani dipraktikkan. Anda hanya perlukan 20 minit dan berada dalam keadaan relaks sahaja.
Tidur Lebih Nyenyak
Kalau kamu sering mengalami insomnia, cuba lakukan pergerakan ini dengan kerap. Latihan selama 20 minit ini membantu otak mendapat lebih banyak oksigen dan peredaran darah akan lebih lancar. Jadi, bila kamu tidur, ia akan menjadi lebih nyenyak dan berkualiti.
Cegah Stress
Bayangkan seharian mencari rezeki, mana tak stress. Jadi bila kamu nak rehatkan badan, praktikkan latihan ini.
Bila kamu berbaring dengan kaki tegak ke dinding, badan akan terasa lebih relaks dan dapat bernafas dengan tenang. Tisu badan akan mendapat lebih banyak oksigen dan peredaran darah akan lebih lancar.
- Foto – Arkib Wanista
Ini dapat memperbaiki sistem sarah, mengurangkan tekanan di sekitar dahi, leher dan perut. Jadi, emosi anda akan lebih terkawal.
Sistem Pencernaan Lebih Lancar
Bekalan darah ke organ dalaman dapat ditingkatkan melalui aliran dari kaki. Peredaran darah yang meningkatkan dapat mengoptimumkan sistem pencernaan. Apabila dilakukan secara berkala, sebahagian besar nutrien yang kita cerna akan diserap dengan lebih cepat.
Membantu Sakit Kepala
Melakukan senaman ini bermanfaat bagi mereka yang menderita arthritis atau fibromyalgia. Kekejangan kaki (siang atau malam) boleh reda bila senaman dipraktik setiap hari.
- Foto – Arkib Wanista
Oleh kerana pengaruhnya pada peredaran darah, senaman ini juga membantu melegakan dan mencegah sakit kepala.
Meregang Pinggul, Kaki, Bahagian Belakang Badan
Bila dipraktik setiap hari, senaman ini akan menjadikan badan lebih lentur dan anjal, menghilangkan ketegangan dan kesakitan di kawasan tersebut. Latihan biasa juga dapat membantu mengurangkan sakit belakang.
Anda hanya perlu 20 minit sahaja untuk mendapat manfaat kesihatan seperti di atas. Selamat Beramal!