Korea Selatan terkenal dengan deko kafe yang unik dan aesthetic, serba-serbi terbaik untuk foto Instagram. Tidak terkecuali kafe yang satu ini.
Tular di media sosial, kafe yang dinamakan Cafe Cielo957 terkenal kerana deko unik ala drama Korea popular “Stairway To Heaven”. Cafe Cielo957 dilaporkan dibuka pada awal April tahun ini dan telah menjadi destinasi untuk Instagrammer di seluruh negara.
Apa Kelainannya?
Selain dari aneka juadah yang lazat seperti pastri, manisan serta kopi, Cafe Cielo957 juga dihiasi dengan cantik. Tapi highlight pada deko ‘tangga yang menuju ke syurga’ yang dibuat di luar kafe sebagai tarikan pengunjung. Cukup unik sehingga pengunjung sanggup menunggu lama demi bergambar di atas tangga tersebut.
Inilah dia tangga menuju ke syurga!
Walau unik tapi agak gerun dilihat kerana agak tinggi dan bawahnya ada tasik dalam, seakan mengundang bahaya yang tidak dijemput.
Kalau anda berminat nak bergambar di sini. Info lanjut seperti di bawah.
Masa : 12pm – 9pm daily
Alamat : Jeollanam-do Gokseong-gun Gyeom-myeon Majeon-ri 957-5, South Korea
Selamat Bercuti!