Bak kata orang, “Belajar agama tak semestinya alim, pakai tudung tak semestinya baik”. Frasa itu menggambarkan betapa dunia ini penuh dengan dusta dan kita sebagai manusia ternyata tidak memiliki sebarang keistimewaan mahupun keupayaan untuk meramal masa hadapan.
Seperti nasib yang menimpa lima anak jati Malaysia ini, semuanya memiliki daya IQ yang tinggi dan seharusnya mampu mengharumkan nama negara di mata dunia. Namun, kerana kerakusan sifat diri yang tamak serta kecelakaan yang menghasut jiwa kebulur, mereka yang dahulunya dibanggakan kini dianggap sudah tidak bernilai.
Orang mengata mereka umpama mereka sampah kepada bangsa kerana tidak mampu menggapai kejayaan yang ramai harapan. Kenali lima budak genius Malaysia yang kini bertukar tragedi kerana hakikatnya… itulah pilihan yang mereka lakukan sendiri.
#1 Nur Fitri Azmeer Nordin
Pada tahun 2015, Malaysia dikejutkan dengan khabar buruk tentang seorang pelajar genius. Kali ini melibatkan seorang pelajar genius Matematik tajaan MARA yang dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di United Kingdom kerana memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak dan ada di antara koleksi foto-foto itu dirakam oleh dirinya sendiri.
Nur Fitri ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London. Beliau mula belajar di Imperial College sekitar 2013. Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak. Pihak polis menggeledah rumahnya pada November 2014 dan dilaporkan turut menemui komputer riba milik Nur Fitri yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak sewaktu ditahan.
Hasil geledah, sebanyak 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C sempat dikumpulkan pihak berkuasa.
Gara-gara (pada awalnya) MARA sanggup beri biasiswa pada Nur Fitri bagi meneruskan pengajianya di universiti tempatan bila tempoh hukuman penjara tamat nanti, dengan alasan beliau seorang pelajar contoh dan asset bernilai kepada negara, MARA telah dituduh tidak mengambil tindakan keras terhadap kesalahan Nur Fitri oleh akhbar luar negara.
Walaupun pada mulanya pelajar genius Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, dengan surat sokongan pensyarah, laporan psikitrik dan berkelakuan baik, dia akhirnya hanya perlu menghadapi 9 bulan penjara sebelum dibebaskan. Sehingga kini, cerita tentang kehidupan terkini beliau masih menjadi tanda tanya.
#2 Sufiah Yusof
Lahir pada 1984, Sufiah seorang genius Matematik berketurunan Malaysia yang menetap di United Kingdom. Beliau pertama kali menjadi bahan berita hangat pada tahun 1997 apabila melayakkan diri ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk mengkaji matematik seawal 13 tahun!
Meskipun memegang warganegara British, kerajaan Malaysia tampil ke hadapan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan Sufiah -meskipun dimaklumkan bahawa bapanya yang berketurunan Pakistan pernah disabitkan kesalahan jenayah kerana penipuan berkenaan gadai janji. Rakyat Malaysia memandang beliau sebagai contoh bakat luar biasa orang Islam kerana keturunan ibunya (Melayu).
Setelah gagal peluang pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang kedua yang diberi ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga sebaik bercerai dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.
Semenjak itu, kehidupan Sufiah terumbang ambing sehingga mula terlibat dengan aktiviti pelacuran akibat kesempitan hidup.
Kerajaan Malaysia pernah merancang “Program Menyelamatkan Sufiah” untuk memulihkan Sufiah dan membawanya kembali ke pangkal jalan yang betul tetapi, tidak lama kemudian program dihentikan.
Melalui temuramahnya dengan satu program tv pada 2015, Sufiah menceritakan betapa hidupanya kini agak bercelaru sekaligus sering melarikan diri dan berpindah dari satu bandar ke bandar lain di Britain bagi mengelak diri dijejaki keluarga dan pihak media.
#3 Adi Putra
Lebih mengejutkan, biar baru berusia enam tahun… kepintaranya berjaya menarik minat ramai golongan Malaysia waktu itu -sehinggalah beliau dinobat sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009.
Adi juga menghasilkan 235 formula matematik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah diguna sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di Brunei namun, malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Beberapa tahun kemudin, Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya. Masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti “Kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil”.
Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau gagal memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatanmalahan turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matematik.
#4 Chiang Ti Ming
Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) diketahui umum. Chiang, ketika berumur 15 tahun, bukan sahaja pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech) tetapi juga dalam kalangan “Top 5” yang meraih keputusan terbaik.
Bukan setakat pelajar termuda yang pernah memasuki Intistut berprestij tersebut, Chiang Ti Ming juga berjaya menjadi pelajar termuda menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut!
Chiang Ti Ming telah ditawarkan 13 jenis biasiswa dari organisasi yang berbeza untuk melanjutkan pelajaranya.
Kerana kepandaiannya yang luar biasa ini juga, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat PhD dalam bidang fizik zarah di Cornell Universiti, New York dan telah dilantik sebagai tetamu kehormat dalam Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan yang kedua tertua di dunia.
Pada tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk. Akhirnya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban pada usia 33 tahun.
#5 Shukri Hadafi
Menjadi fenomena sekitar 70-an apaila Mohamed Shukri Hadafi Aziz yang berusia 4 tahun telah menunjukkan keupayaan luar biasa keranamampu membaca dengan lancar. Shukri merupakan anak kepada Aziz Kechik, seorang peneroka di Felda 12, Jengka, Pahang. Beliau kemudiannya telah diserahkan sebagai anak angkat kepada pasangan yang tinggal di Merbau Pulas, Kedah.
Kepandaian Shukri telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz hingga beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Ungku Aziz telah menampung segala keperluan pembelajaran bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.
Bukan setakat itu sahaja, pengarah filem terkenal Malaya pada masa itu, Tan Sri Jins Shamsuddin juga menyunting Syukri berlakon dalam filemnya, “Menanti Hari Esok” bersama Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.
Kesenangan yang dikecapi telah membuatkan dia terus hanyut dan lupa. Akibat masalah displin yang belarutan, akhirnya dia telah dibuang sekolah.
Pada tahun 90-an, kisah hidupnya yang bekerja sebagai penebar roti canai emnjadi tular. Ada juga orang setempat mendakwa Syukri terjebak dengan najis dadah sehingga gelaran genius yang pernah dimilikinya hilang begitu sahaja.
Walau apa pun, sebagai manusia kita memiliki pasang surut kehidupan. Setiap manusia berhak mendapat peluang yang kedua untuk memperbaiki diri. Semoga kisah-kisah mereka ini bisa menjadi pengajaran buat semua. ❤