Setiap dari kita menghadapi masalah kesukaran tidur. Ada yang tidur ajak-ajak ayam, ada yang insomnia langsung tak boleh tidur – keadaan ini membuatkan kita langsung tidak mendapat tidur yang berkualiti.
Viral di media sosial ialah satu minuman yang dipanggil “Moon Milk”. Katanya minuman panas ini boleh membuatkan seseorang tidur serta-merta bahkan cukup 6 ke 8 jam sehari.
Apa itu “Moon Milk”?
https://www.instagram.com/p/Bd0-TZelatI/?utm_source=ig_embed
Moon Milk – minuman berasaskan susu untuk membantu anda tidur. Minuman ini berasal dari tradisi Ayuverda, minuman susu hangat untuk mendorong tidur, katanya kini ia semakin popular. Pinterest melaporkan peningkatan 700 peratus dalam pencarian moon milk sejak 2017.
Resepi
Cara membuatnya juga senang kerana anda tidak perlu mengikuti resepi tertentu. Untuk membuat moon milk, anda hanya perlu memanaskan susu mengikut pilihan sendiri dan menambah tambahan rasa seperti madu, herba atau rempah atau ditambah edible flowers dan paling penting adaptogen.
Adaptogen adalah suplemen herba (berasal dari tumbuh-tumbuhan) yang padat dengan nutrien. Adaptogen mempunyai manfaat untuk membantu proses semula jadi tubuh, mengurangkan gula dalam darah, dan meningkatkan sistem imun. Moon milk mungkin merupakan tambahan hebat kepada rutin harian jika anda cenderung mempunyai masalah tidur. Adaptogen dalam susu membantu badan anda relaks dan berehat, ditambah susu itu sendiri mengandungi melatonin dan tryptophan, dua bahan semulajadi yang membantu anda tidur.
Jadi anda perlu menghirup moon milk sebaik siap untuk membantu anda hanyut ke dalam tidur dengan tenang. Moon milk juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda, yang akan membantu anda melawan penyakit yang boleh merosakkan tidur anda pada waktu malam. Anda boleh menyesuaikan manfaatnya bergantung pada rempah yang dimasukkan ke dalam moon milk.
Jangan lupa mencubanya, dan kongsikan dengan team Wanista.
Selamat Beramal!