Katie Stubblefield hilang pertimbangan saat mendapat tahu teman lelaki berlaku curang. Ketika itu usianya baru sahaja 18 tahun. Dia terus mengambil keputusan untuk membunuh diri namun percubaan tersebut gagal dan akhirnya membawa kepada perkara yang lebih buruk.
Wajahnya menjadi pecah seperti tidak dapat diselamatkan lagi.
Dari satu sesi temubual bersama National Geographic, Katie menjalani 3 tahun rawatan bagi memulihkan semula struktur wajahnya.
Gadis muda ini kehilangan dahi, hidung termasuklah bahagian saluran pernafasan, bibir, tulang rahang dan bahagian depan muka. Matanya pula dalam keadaan yang amat teruk sekali.
Memang tidak dapat membayangkan kesakitan yang dihadapi oleh Katie.
Dia yang kini sudah berusia 21 tahun berasa amat bersalah pada keluarga dan tidak menjangka situasi menjadi parah kesan daripada sikap terburu-burunya.
Pembedahan pemindahan wajah yang dilakukan mengambil masa 31 jam dan 11 pakar bedah!
Menariknya, Katie mendapat penderma organ iaitu Andrea Schneide yang baru sahaja meninggal dunia. Pemindahan wajah ini merupakan kali ketiga dilakukan di Cleveland Clinic, Ohio dan merupakan kali kedua di dunia.
Kini Katie sudah dapat menggunakan wajah baru dengan sepenuhnya seperti untuk mengunyah, bernafas dan menelan makanan. Dia juga turut berasa teruja serta bersyukur kerana diberi peluang kedua dalam hidup.