Tidak semua menerima budaya breastfed atau menyusukan anak di khalayak umum sebagai sesuatu yang baik, lebih-lebih lagi di negara kita. Ada sahaja mata serong yang memandang, pada penulis asalkan ditutup elok tidak menampakkan aurat itu tiada masalah tapi biasalah ‘orang’ kita ada sahaja yang tak manisnya.
Menolak tanggapan itu, seorang model selamba menyusukan anak perempuannya ketika dia berjalan untuk pertunjukan fesyen Sports Illustrated hujung minggu lulu di Miami. Dan siapa sangka tindakannya mendapat pujian netizen.
Mara Martin adalah salah seorang daripada 16 finalis yang dipilih sebagai sebahagian daripada carian model majalah. Sebagai seorang finalis, dia diberi peluang untuk berjalan di pentas peragaan, dan memilih untuk membawa anak perempuannya berusia 5 bulan bersama-sama.
Anak kecil itu dipakaikan aksesori telinga bagi memastikan dia berada dalam keadaan selamat melakukan ‘tugasnya’.
Majalah Sports Illustrated turut berkongsi momen manis di Instagram dengan kapsyen “girl power”.
https://www.instagram.com/p/BlRqGryH_Mi/?utm_source=ig_embed
Tindakan berani Mara mendapat respon positif dari netizen. Instagramnya telah dibanjiri dengan komen dan mesej yang baik, ada mengucapkan tahniah dan kagum kerana dia membuka mata persepsi orang tentang isu breastfed.
“Terima kasih kerana berjalan dengan bayi perempuan ketika menyusuinya. Ia adalah salah satu perkara yang paling indah pernah saya lihat,” komen seorang lelaki.
Mara turut berkongsi momen bahagia bersama anak perempuan di Instagram, dengan menulis “The face you make when your mom makes it to the final 16 of the @si_swimsuit Swim Search!”
Agaknya ni real ke gimik semata-mata?