Inilah manusia sekejam-kejam alam. Manusia bertopengkan segala syaitan.
Berlaku di India, seorang wanita dan dua lelaki disabitkan kesalahan merompak, membunuh dan mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian dan dibuang didalam sebuah bagasi.
Mangsa yang berusia 29 tahun berasal dari Jaipur telah berkenalan dengan wanita dari aplikasi Tinder dan kemudian akhirnya dirompak dan dibunuh.
Si pelaku, Priya Seth bersama teman lelakinya Dikshant Kamra dan rakan Lakshya Walia telah mengajak mangsa datang ke flat sewa mereka dan kemudian mengikat mangsa bersama dengan ugutan untuk mendapatkan wang dari mangsa.
Malangnya mangsa bukanlah datang dari keluarga yang disangka oleh Priya. Dia tidak mempunyai sejumlah wang yang dimahukan iaitu sebanyak 10 lakh bersama 60 ribu ringgit! Akibat tidak dapat menunaikan permintaan, mangsa yang dikenali sebagai Dushyant Sharma dicekik sehingga mati dan mayat mangsa dikerat-kerat.
Priya Seth kemudian mengeluarkan wang dari kad bank mangsa dan membuang bagasi yang mempunyai daging mangsa di kawasan Jaipur pada 3 Mei.
Hasil dari siasatan pihak polis mendapati Priya Seth akan berkenalan dengan lelaki-lelaki kaya melalui aplikasi atau laman mencari jodoh dan kemudian mengajak mereka ke rumah. Setelah itu, rancangannya untuk merompak jika tidak mendapat habuan mangsa akan diperas ugut kononnya akan membuat laporan rogol.
Hati-hati ya pada anda yang gemar menggunakan media sosial atau aplikasi sosial berkenalan dengan orang asing.