Cara memberi perawatan pada kulit wajah yang paling mudah ialah dengan mengenakan masker muka.
Kebaikan masker sangat sesuai untuk pada bila-bila masa sahaja saat kecemasan atau sebelum memakai mekap. Formulasi dari masker juga penting bagi memberi manfaat dan keberkesanan pada kulit. Meditasi dari bahan klinikal sudah mendapat tempat dihati ramai pencinta kecantikan tapi bagaimana dengan bahan dari herba semulajadi?
Buat anda yang mahu mendapatkan kebaikan alam semulajadi khususnya herba, produk kecantikan WEI dari Sephora ada rupanya!
Penghasilan produk WEI diambil dari kaedah yang sama dari tabib Cina beribu tahun dahulu. Tahukah anda? Terdapat 1000 jenis herba digunakan China yang menghasilkan 10,000 ubat-ubatan baik untuk kesihatan dan kecantikan.
Jenama kecantikan dari China mengeluarkan 6 jenis masker tapi Wanista berkenan dengan Golden Root Purifying Mud Mask dan Rice Sprout Express Glow Illuminating Mask.
Menariknya, penggunaan masker ini sangat unik. Si pemakai harus menyapu masker bak tabib Cina menulis kebaikan herba dikertas sebelum diberi pada pesakit. Siap disediakan berus muka untuk masker jenis tanah liat, manakala masker jenis sheet disimpan dalam botol khas.
Golden Root Purifying Mud Mask: RM166
Masker ini bukan sahaja boleh disapu pada keseluruhan wajah tapi anda boleh apply pada kawasan kulit yang bermasalah dan biar semalaman. Bahan dari Golden Root dikatakan mampu membersih, membuang segala kotoran dan mengecilkan saiz pori-pori.
Wanista suka dengan packaging masker WEI ini kerana diletakkan dalam bekas berasingan untuk setiap penggunaan. Jadinya kandungan yang dipakai sentiasa bersih!
Rice Sprout Express Glow Illuminating Mask: RM50/ 1 masker atau RM240/ 6 masker
Beras bukan sahaja untuk dimakan tapi untuk mencantikkan diri. Masker dari tiub ini mengandungi kebaikan beras yang mampu melindungi kulit sentiasa lembab serta Vitamin C memudarkan tompokan gelap dan mencerahkan kulit.
Kalau masker sheet lain disimpan dalam plastik empat segi sahaja tapi masker sheet WEI diletakkan dalam tiub. Apa yang Wanista faham, kertas masker akan mendapat daya serapan yang baik dan tidak akan terkoyak atau rosak.
Kalau anda teringin nak lihat lagi produk masker dari WEI, pergi sahaja ke butik Sephora atau layari sephora.my.