Tak cukup ‘membawang’ pasal artis Malaysia, artis luar negara juga turut kena tempias dengan sikap kurang senonoh netizen Malaysia yang suka sangat mengkritik apa sahaja yang tak kena dimata mereka.
Ruangan komen instagram Dua Lipa, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu ‘New Rules’ dan ‘IDAF’ menjadi tempat amukan terutamanya peminat Malaysia yang memarahinya menggunakan perkataan ‘Babi’ setelah memuatnaik gambar istimewa menyambut kelahiran bapanya.
‘Happy Birthday Babi. Love you, miss you, wish I was home to give you a big hug and a kiss! Xxx’ tulis Dua Lipa pada mulanya. Setelah itu Dua Lipa dihentam teruk oleh netizen Malaysia kononnya merujuk bapanya sebagai perkataan carutan. Walhal! ‘Babi’ adalah bermaksud ‘Ayah’ atau ‘Bapa’ dalam bahasa Albania.
Setelah berlaku perselisihan faham diruang komen, Dua Lipa terus menukar ‘Babi’ kepada ‘Dad’. Kasihan penyanyi ini tidak pasal terkena.
Kecewa dan keliru dengan apa yang berlaku, Dua Lipa sempat berkongsi dengan isu terbabit bersama majalah L’Officiel dengan mengatakan “Ia agak bermakna bagi pihak mereka, kerana jelas saya tidak bercakap dalam bahasa Melayu. Saya bercakap bahasa lain juga [Albania], dan bahasa yang saya bertutur dengan ibu bapa saya adalah warisan saya. Saya mahu dihormati.”
Aduh, malu lah sikit wahai netizen Malaysia. Jangan semua orang untuk jadi tempat kecaman anda. Dunia ini luas dengan budaya dan bahasa.