Sedang melayari internet, mata penulis tertangkap pada seorang gadis tinggi lampai dengan wajah segar, menonjolkan kecantikan semulajadi yang dimilikinya. Bila mata sudah tertarik pada benda cantik, lagi-lagi yang tak jemu dilihat, lantas tangan terus google untuk mengetahui siapa gerangannya.
Majalah Vogue menggelarnya “Jane Birkin Clone” kerana lagak persis ikon fesyen itu, from head to toe sangat menyerupai. Louise Follain (@louisefollain), seorang model Perancis di bawah agensi Ford Model mempunyai tarikan tersendiri yang membuatkan mata kita tak lekang memandangnya.
Bibir mungil, rambut panjang lurus dan bangs, bentuk muka runcing memanjang membuatkan dia tidak ubah seperti ikon fesyen kegemarannya itu. Serius pelanduk dua serupa! Nak tahu apa yang menarik tentang dirinya…
#1 Rambut panjang lurus dan bangs, membuatkan dia tidak ubah seperti Jane Birkin.
#2 Memilih Kate Moss, Alexa Chung dan Jane Birkin sebagai style icon.
#3 Item mekap pilihannya – lipbalm, eyeliner, maskara, gincu merah.
#4 Miliki lebih ratusan ribu pengikut di Instagram, rata-rata obses dengan kecantikan semulajadinya.
#5 Setiap foto dan video yang dikongsi, terdapat komen #JaneBirkin, netizen bersetuju gadis muda ini jelmaan Jane Birkin versi moden.
Penulis cukup menggemari rambut panjang bersama bangs gadis muda yang baru 22 tahun ini.