Kesian rasanya jadi Kardashian/Jenner, apa sahaja yang mereka lakukan ada sahaja suara sumbang yang sibuk memerhati apatah lagi mengkritik. Macam terjadi pada Kendall Jenner. Kenapa?
Model cantik ini telah memuat naik koleksi foto artistik dirinya tanpa seurat benang dan sepantas kilat peminatnya bercakap akan satu hal ini.
Dalam salah satu foto, Kendall Jenner duduk di atas meja kayu dengan tangannya menutupi payu dara dan kakinya bersilang, walaupun foto tersebut hitam putih tetapi peminat tidak dapat berhenti daripada melihat kaki kirinya yang dianggap pelik.
Rata-rata netizen mempersoalkan salah satu jari kakinya lebih panjang dari yang lain, tidak terkecuali mempertikaikan kuku kakinya, kakinya dilihat kering walaupun dalam foto hitam putih serta pelbagai lagi komen negatif.
https://www.instagram.com/p/BfoOhsgjA32/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_ufi_test
Dilaporkan, koleksi foto artistik ini diambil oleh Sasha Samsonova yang sebelum ini pernah bekerja dengan Pink, Dita Von Teese dan Kylie Jenner.
Susahnya jadi selebriti, benda kecil pun netizen sibuk perhati!