Hidup mewah Donald Trump sudah diketahui sebelum beliau menjadi Presiden. Mempunyai pelbagai ‘kejayaan’ dalam perniagaan dan juga pernah menjadi mentor dalam rancangan realiti perniagaan The Apprentice.
Sebelum Trump mengahwini isterinya Melania Trump pada 2005, beliau pernah menghadiahkan cincin pertunangan yang bernilai jutaan dolar. Apa yang kelakar, Trump sempat menjelaskan yang beliau mendapat harga diskaun sehingga $1 juta!
Namun pihak eksekutif dari Graff Diamonds memaklumkan Trump berbohong tentang diskaun yang diterima untuk cincin tunang Melania.
Apa ini dapat diskaun ke tidak?
Menurut dari sumber Forbes, pihak Graff Diamonds menjelaskan syarikat tersebut tidak akan sesekali memberi diskaun secara umum. Malah pengerusi dan pengarah kewangan syarikat Graff Diamonds juga mereka tidak menerima sebarang peruntukan diskaun dan menegaskan mereka tidak menjual produk untuk perhatian awam.
Trump memberitahu The New York Times “Hanya orang bodoh sahaja akan cakap ‘Maaf, saya ingin membayar juta dolar untuk berlian'”. Laporan akhbar itu juga menulis Trump hanya membayar separuh harga dari 1.5 juta, yakni menerima diskaun sehingga $750,000.
Tindakan ‘menipu’ Trump itu hanyalah untuk memberi bayangan kepada penyokongnya bahawa beliau juga seorang yang bersahaja dan bijak dalam tawar-menawar. Kini niatnya sudah pecah tembalang.