Rasa macam mimpi!
Begitulah perasaan penulis setelah tamat menonton teater Ola Bola Muzikal semalam. Segala garapan yang berada diatas pentas semalam pertama kalinya buat penulis rasa seronok walaupun dalam minit permulaan. Semua tahu bukan filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan antara filem tanah air yang mendapat kutipan tertinggi sebanyak RM15.85 juta dan merupakan filem yang tidak pernah diputus menjadi bualan orang ramai.
Tahun ini, giliran Tiara Jacquelina pula mengubah impian rakyat Malaysia untuk melihat misi negara pada 1980 dalam bentuk muzikal dan dipentas muzikal Istana Budaya.
Tak terbayang dek fikiran penulis bagaimana agaknya nak mengelecek bola atas pentas, hidupkan suasana pentas 50,000 penonton dan paling penting ‘eh best ke tak tengok bola nyanyi-nyanyi?’ – tipikal fikiran orang Melayu yang pernah sekali tengok teater itu pun zaman universiti.
Nampaknya fikiran tipikal penulis mula dibasuh bersih selepas menonton teater. Kenapa RM50? Harga tiket paling rendah untuk menonton Ola Bola hanya RM50 sehingga RM350. Dengan RM50 anda turut merasai apa yang dirasai dengan mereka yang membeli tiket paling mahal. Jadi dengan melabur RM50 anda sikit tidak pun rugi untuk menonton kerana…
#1 Garapan rentak dan lirik
Dentuman dram, sorakan penonton didalam panggung Istana Budaya buat penulis terkesima. Nak tengok teater ke nak tengok bola? Pelbagai genre muzik yang dimainkan dari bentuk rap, balada dan lagu-lagu rakyat Malaysia semuanya dalam satu. Anda dapat mendengar bait-bait lirik yang tersusun ciptaan Altimet dan Mia Palencia. Kalau lepas ni ada jual soundtrack Ola Bola Muzikal, penulis akan beli!
#2 Iedil Putra segalanya
Mungkin ada yang kenal atau tidak tapi jika Tak tahu lah bakat apa yang ada dalam diri beliau. Menyanyi, rap, berlakon, menari, bertukang karut semuanya boleh! Menjadi pengulas bola sepak bukan tugas yang mudah, jika dalam filem anda lihat Bront Palarae sebagai Rahman tapi di set teater Iedil Putra berceloteh tanpa henti secara langsung weh!
#3 Cetusan idea yang luar biasa
Ini bukan teater yang biasa-biasa. Perlawanan bola sepak paling epik di pentas teater, belum pernah lagi dibuat sesiapa rasanya. Jika anda ingat ia hanya tentang tendangan bola? Silap. Grafik bola masuk gol, tangkapan bola dari spiderman Malaysia dapat dilihat jelas. Paling hebat instant-replay yang kita biasa tengok di televisyen pun ada!
#4 Altimet, Douglas Lim, Stephen Rahman-Hughes
Kemunculan tiga individu hebat ini menjadikan lagi pentas Ola Bola Muzikal sangat eksklusif! Kalau anda rasa nak dengar derapan rentap rap padu ada Altimet sebagai Sarjan Ahmad. Set warung Uncle Lim lakonan Douglas Lim pula buat geli hati dan coach Harry Mountain tegas, garang dan bersemangat membara dari Stephen Rahman-Hughes buat anda terpesona dengan lontaran suara merdunya. Unik.
#5 Seronok!
Ya memang seronok. Nampak cliche review penulis dengan hanya mengatakan seronok tapi itulah hakikat yang kita mahu. Pulangan dari pelaburan wang ringgit, emosi dan masa untuk menonton teater kali ini berbaloi.
Setiap yang hadir meluahkan idea seni dan dalam teater Ola Bola Muzikal telah berjaya merealisasikannya. Tahniah buat Puan Sri Tiara Jacquelina dan pasukannya yang menghadiahkan nafas baru dalam hiburan teater tanah air.
Sekeping RM50 yang berbaloi untuk yang sudah biasa atau pertama kali menonton teater!
Segala info mengenai tarikh dan masa pementasan dan pembelian tiket Ola Bola Muzikal, klik: Mula 8 Februari, Ini Info Dan Harga Tiket Teater Muzikal Ola Bola.