Viu, peneraju servis penstriman drama dan filem Asia oleh PCCW Media Group baru-baru ini meterai perjanjian dengan JBTC yang merupakan kabel penyiaran hiburan gergasi di Korea untuk peluang mengakses lebih 80 peratus drama serta rancangan variasi popular mereka.
Kini, rakyat Malaysia bisa menonton lebih banyak drama Korea serta rancangan televisyen edisi Korea yang pastinya lebih menghiburkan sekaligus boleh ditonton pada bila-bila masa dan di mana jua.
Tonton Trailer Drama Korea Terhangat 2018 Berjudul Misty
https://www.youtube.com/watch?v=kuTtuQVDoE0
Antara drama terkini yang hangat adalah Misty, menampilkan nama hebat Kim Nam-joo dan Ji Jin-hee serta Welcome to Waikiki yang dibintangi Kim Jung-hyun, Lee Yi-kyung dan Son Seung-won.
Misty mengisahkan ceritera peribadi seorangbekas pendakwa yang menjadi peguam bela untuk mewakili isterinya, iaitu seorang pembaca berita popular kerana telah menjadi suspek dalam sebuah kes pembunuhan manakala, Welcome to Waikiki pula berkisarkan kisah tiga orang muda yang sama-sama ingin mengejar cita-cita di samping menguruskan sebuah rumah tumpangan yang diberi nama Waikiki.
Siri popular siaran JTBC seperti String Girl Bong-soon, The Lady ini Dignity, Secret Healer dan banyak lagi turut boleh diakses menerusi Viu. Antara rancangan variasi lain kegemaran ramai yang boleh ditonton tanpa sebarang sekatan adalah seperti Chef & My Fridges, Men On A Mission dan Midnigh Madness.
Kesemua drama dan racangan Korea yang dimuatkan dalam Viu boleh ditonton dengan sarikata Bahasa Melayu malah penonton berpeluang untuk menonton drama terkini kegemaran mereka seawal empat jam selepas ia ditayangkan di Korea Selatan.
Untuk keterangan lanjut, sila KLIK [www.viu.com/ott/my] atau lawat laman Facebook rasmi Viu di [www.facebook.com/ViuMalaysia].
Pengguna baru boleh mendaftar untuk melanggan servis penstriman Viu sekarang untuk dapat 30 hari percuma mengakses kesemua kandungan video hiburan premium yang ditawarkan. [KLIK SINI] untuk mendaftar!