Pengguna di Malaysia boleh menarik nafas lega, apabila Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti produk susu bayi keluaran dari syarikat LNS Lactalis Group yang disyaki dicemar Salmonella baru-baru ini tidak pernah dieksport ke Malaysia.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman.
Menurut beliau, Salmonella merupakan sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan cirit birit, demam dan kesakitan abdomen. Terdapat kes tertentu boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko seperti bayi, orang tua atau seseorang yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.
Pihaknya juga sudah mendapatkan pengesahan daripada Jaringan Antarabangsa Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan (INFOSAN) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kedutaan Perancis di Malaysia berhubung isu berkenaan.
KKM mengambil maklum berita bertajuk ‘France’s Lactalis orders baby milk recall over salmonella fears’ yang disiarkan pada 10 Disember lalu oleh berita antarabangsa France 24.