Suhana Khan, anak perempuan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan yang sedang meningkat remaja mendahului senarai anak bintang Bollywood yang bakal menguasai skrin perak suatu hari nanti.
Hal ini terbukti apabila foto sensual Suhana yang dikongsi oleh ibunya di media sosial Instagram menjadi tular di internet. Rata-rata memuji kecantikan semulajadi Suhana dan ramai bersetuju wajah Suhana bak Shah Rukh Khan versi perempuan.
Gauri Khan berkongsi imej baru Suhana Khan dengan kapsyen, “Here’s looking at you, kid”. Yang pasti Gauri seperti ibu lain yang gembira dengan perkembangan anaknya yang sedang membesar.
Remaja berusia 17 tahun itu dilihat bakal mengikuti jejak langkah Shah Rukh Khan selepas dia dilaporkan sudah mengambil beberapa kelas lakonan oleh pengarah Karan Johar.
https://www.instagram.com/p/Ba9XrVfhrwu/?taken-by=suhana_khan3
https://www.instagram.com/p/Bayl_yCBwlB/?taken-by=suhana_khan3
Bahkan Shah Rukh Khan senang dengan minat Suhana dalam filem, “Suhana mahu menjadi seorang pelakon, saya melihat semangat dalam dirinya, dia gembira setiap kali berada di pentas dan mahu berada dalam industri ini.”
https://www.instagram.com/p/BZtUoPaBMS9/?taken-by=suhana_khan3
One big happy family!
Okay kita nantikan debut Suhana Khan! Yang pasti rambut Suhana tu memang #hairgoal sangat.