Sawadeekap! Siapa sini peminat makanan Thai?
Nak tahu tak? Dari 5 – 25 Oktober ini, rakyat Malaysia dapat menikmati burger Ikan Thai baharu yang merupakan produk tawaran masa terhad ketiga dan juga yang terakhir sempena kempen ‘Discover the World’ oleh McDonald’s Malaysia.
Selepas Burger Korea Pedas yang amat popular dan Burger Syok yang diilhamkan oleh cita rasa tempatan, Burger Ikan Thai merupakan gabungan cita rasa, pandangan dan bunyi yang penuh bertenaga berserta dengan unsur-unsur budaya Thai yang menawan.
Kepingan ikan rangup beraroma dengan sos kari hijau pedas, sayuran segar dan ban cili unik menghasilkan Burger Ikan Thai yang lazat.
Burger Ikan Thai baharu boleh didapati pada harga RM12.99 untuk ala carte dan RM15.99 untuk set hidangan biasa yang terdiri daripada Burger Ikan Thai, kentang goreng criss-cut serta minuman ringan.
Maklumat lanjut tentang kempen ‘Discover the World’ oleh McDonald’s Malaysia, sila ke Facebook McDonald’s.