Setiap orang punya cara tersendiri untuk menunjukkan tanda dan rasa sayang pada anak mereka. Tidak terkecuali juga salah seorang ahli Running Man, Haha yang menggunakan pendekatan cukup menarik malah sweet untuk anaknya, Dream.
Cara Haha adalah dengan melakukan DIY pada t-shirt Dream. Manis seperti madu, bukan?
Pada 29 Julai, Byul berkongsi foto Haha sedang melukis pada t-shirt di Instagram dengan kapsyen,
“Sejauh mana sayangnya kepada anak?”
Dalam foto, Haha sedang duduk di atas lantai dengan peralatan melukis untuk DIY. Sesetengah frasa pada t-shirt berbunyi seperti,
“It’s an honor that U look like me and you R my son! Big respect!!’, “Dream like me”
Byul menyatakan iri hatinya dengan menambah hashtags seperti “Saya cemburu”, “Buat juga untuk saya”, “Saya juga mahukannya”. Sweet sangat pasangan ini!
Haha dan Byul berkahwin pada tahun 2012 dan melahirkan Dream pada tahun berikutnya.