Dilaporkan kemeja yang dipakai oleh si comel Putera George bukan sahaja sold out bak pisang goreng bahkan memberi kesan yang amat besar.
Kemeja yang hanya dipakai sekali telah habis dijual dalam masa 24 jam, selepas gambar George memakainya disiarkan media.
Baju berkenaan yang diperbuat 100 peratus daripada kain kapas, dijual pada harga £31.58 (RM175.90).
Bukan itu sahaja, sejurus media melaporkan ia adalah dari jenama Tizza, maka tempahan baju kemeja itu meningkat.
Keadaan itu dipanggil sebagai `kesan Putera George’ di mana ibu bapa terdesak untuk memakaikan anak mereka seperti pakaian diraja.
Hebat penangan Putera George! Kesemua pakaiannya pun mampu milik.